Bimbang sikap bengis beri kesan pada keluarga, Emma Maembong jauhkan diri seketika

12,982 views

Pelakon Emma Maembong sedang bekerja dan membawa watak seorang wanita yang amat bengis.

Kerana wataknya itu, Emma Maembong terlalu mendalami dan menghayati watak sampaikan khuatir dia terbawa sikap bengis itu ke reality dan kepada family nya, terutama kepada suami, Shazril Azhar dan juga anaknya Shariq Gabriel.

Oleh itu, Emma memberitahu, dia akan cuba berehat seorang diri sebelum pulang ke rumah selepas jalani penggambaran.

Pelakon berumur 30 tahun ini sedang berlakon untuk drama berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta. Kali ini dia membawa watak yang berbeza karate dan ternyaat mengubah dirinya.

“Saya memang cuak dan takut sebab terbawa-terbawa watak ini dan boleh memberi kesan kepada keluarga.”

“Oleh itu apabila sampai je kat rumah, saya terus saja rest dan rehat serta jauhkan diri dari keluarga dulu. Saya akan ambil masa untuk bersendirian terlebih dahulu.”

“Memang ada masanya saya rasakan tiba-tiba diri saya ni menjadi seorang yang cepat naik angin sehingga pernah meninggikan suara dengan pembantu peribadi saya.”

Takut terus terbawa-bawa, Emma sentiasa mengingatkan diri agar tak melayan emosi bengis itu, yang patut di limit kan di set penggambaran saja. Ini komennya lagi menerusi laporan Mstar.

“Saya ingatkan diri saya ini bahawa ini semua hanyalah lakonan dan sikap bengis itu bukan diri saya sebenar sebagai Emma Maembong. Saya kena cepat-cepat tukar karakter apabila tamat sesuatu babak tu.”

“Sebab tu juga, saya cuba untuk jadi individu yang periang dan mengusik orang kat lokasi penggambaran. Jika saya terus diam bersendirian dan terlalu hayati watak, bimbang karakter ini akan kekal dalam diri saya.”

Ini first time Emma Maembong membawa watak sedemikian, dan ianya ternyata sukar buat pelakon ini.

“Sepanjang saya bergelar pelakon, memang first time saya bawa watak terlalu bengis macam ni. Saya akui sukar nak bawak dan saya juga ada rasa gementar setiap kali di set penggambaran.”

“Saya selalu akan pandang muka director untuk melihat reaksi dia selepas saya habis sesatu babak itu.”

“Kadangkala saya rasa kecewa sebab rasanya, macam boleh buat yang lebih lagi.”

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta diarahkan oleh Hadith Omar, menggandingkan Emma Maembong dan Fikry Ibrahim sebagai terju utama. Ianya akan mula ditayangkan Astro Ria pada pukul 9 malam bermula 3 April ini, setiap hari Ahad.