“Dia ada akhlak kurang baik” ~Bekas suami Mak Wan Latah, anak pula buat report polis

12,174 views

Baru tiga bulan berkahwin, pelakon veteran Mak Wan Latah telah disahkan berpisah dengan suaminya iaitu Husain Dolah.

Menerusi laporan portal Mstar, Husain Dolah, 74 tahun berasa amat lega sudah berpisah dengan pelakon berkenaan.

Jelasnya, dia hidup dalam tekanan sejak berkahwin dengan Mak Wan. Antaranya ialah tindakan pelakon berkenaan yang tidak menghormatinya sebagai suami.

“Saya banyak bersabar, syukur hal ini dah selesai. Memang lega dan dah tak ada tekanan. Dalam tiga bulan berkahwin ni, saya memang tertekan dari awal kami kahwin, sampailah dah berakhir di mahkamah.”

“Apa yang dia ungkapkan tu, memang dia tak fikir secara rasional, saya ni sebagai suami memang terasa hati.”

Husain juga mendakwa Mak Wan tak ada akhlak yang baik tetapi tak mahu cerita dengan lebih lanjut.

“Saya memang terkejut dengan perilaku dia kerana mulanya nampak personaliti dia memang manis. Orang suka tengok dengan telatah dia tetapi dia ni ada akhlak yang kurang baik.”

“Sebagai orang Islam jika kita tak ada akhlak dan prinsip hidup, tak jaga status kita, nanti diri sendiri yang akan rosak.”

Dari laporna Mstar itu juga, anak tunggal Husain iaitu Zaiton amat sedih dengan apa yang terjadi.

Akan tetapi Zaiton juga mengesahkan bahawa Mak Wan memang tak hormati ayahnya sebagai suami.

“Rasanya lebih bagus jika ayah berpisah. Saya minta maaf kepada family Mak Wan sebab memang kami terpaksa buat seperti ni. Memang tak boleh terima apa yang terjadi.”

“Ayah saya dah 70 tahun, patutnya dapat pengganti yang bagus dan dapatlah jaga dia. Namun tidak disangka dapat dugaan dari Illahi seperti ini.”

“Saya yang pilih dia, saya yang bawa dia dalam family. Mula-mula saya ingat dia ni baik macam watak dalam TV, tapi tak sampai tiga bulan dah nampak perangai sebenar dia.”

Zaiton juga akui dia dah buat report polis kerana Mak Wan telah menghantar mesej yang tak sepatutnya dan berkata yang tak baik tentang diri Zaiton.

“Mak Wan hantar mesej tidak sepatutnya kepada ayah saya. Ianya ada unsur yang tak sepatutnya termasuk berkata yang tak benar tentang saya dan juga ayah.”

Saya ada buat laporan polis. Kini dah jadi kes polis, biarlah polis tentukan.” Itulah komen dari Zaiton, anak kepada Husain Dolah tentang Mak Wan Latah.