“Padam posting tu atau surat saman akan sampai” Aliff Syukri nak saman pula

4,630 views

Nama ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang menjadi buah mulut orang ramai gara-gara video lagu hari raya nyanyiannya.

Kagu berjudul Kelepok Raya itu mencetuskan isu kerana menampilkan para penari yang dilabel sebagai tak sesuai untuk tontonan ramai.

Isu ini turut mendapat perhatian orang ramai, dari rakan artis bahkan para ilmuan juga.

Ini termasuklah Menteri Agama, dan para penceramah terkenal seperti Ustazah Amsa Harun dan juga Prof Dr Ridhuan Tee.

Teruk kena dengan netizen serta orang ramai, semalam, Aliff Syukri dilihat naik angin dan muatnaik posting bahawa dia akan ambil tindakan undang ke atas seseorang.

Dikatakan individu itu agak berlebihan ketika memberi komen ke atasnya, ini membuatkan Aliff Syukri mahu menyamannya.

“Sila padam posting anda yang agak melampau itu. Dalam masa 24 jam saja sebelum surat saman akan sampai, saya hantar kepada anda. Siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya.”

Aliff Syukri bagaimanapun tidak menulis nama individu berkenaan.

“Anda rasa siapa yang bakal saya saman ni. Dia terang terangan menulis nama saya. Nak tau siapa yang saya nak saman? Jangan lupa tag mamat tu.”.

“Orang lain komen macam okey tapi mamat dilihat agak lebih-lebih. Jangan ingat saya ni senyap saya tak ada buat tindakan. Saya baru je menang sama orang setengah juta.”

Ini komen dari Datuk Seri Aliff Syukri tentang isu ini.

Lagu Kelepok Raya dari Aliff Syukri ini berjaya menjadi trending nombor satu di Malaysia sejak dilancarkan di platform milik Rusa Music. Ianya mula dimuatnaik lebih kurang seminggu yang lalu. Dilihat dari segi tontonan, video berkenaan sudah mencecah tontonan sebanyak 1juta lebih.