“Hanya Tuhan boleh balas.. Bidadari syurga” Inilah isteri Ali XPDC yang setia menjaganya

3,300 views

Dugaan buat penyanyi yang juga vokalis kumpulan XPDC iaitu Ali yang kini berumur 53 tahun. Terkena strok, keadaan Ali kini semakin pulih, namun masih lagi belum kembali seperti dulu.

Sepanjang jatuh sakit ini, Ali XPDC telah di jaga dengan amat baik sekali oleh isterinya iaitu Sharifah Azwana Syed Joned, 50 tahun.

Ali XPDC amat bersyukur isteri, sentiasa ada disisinya, jaga dirinya dengan baik dan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi.

Ujar Ali, hanya Allah saja yang mampu membalas jasa isterinya itu selain melabelnya sebagai bidadari syurga.

Selain itu, Ali juga berterima kasih kepada ahli keluarga yang lain, termasuklah anak-anaknya.

Tak lupa juga semua ornag di luar sana termasuk rakan-rakan dan juga mereka yang telah memberi bantuan kepadanya.

Ali menambah kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini agak menyedihkan buat dirinya.

“Saya memang sedih dan terkilan sebab tak dapat nak puasa. Begitu juga tak dapat nak solat tarawih secara berjemaah. Ramadan kali ini, saya diuji dengan sakit.”

Ali kini boleh bercakap, namun percakapannya masih lagi belum lancar sepenuhnya dan masih lagi memakai tiub untuk makan.

Sharifah Azwana, isteri kepada Ali berkata, keadaan Ali memang dah bertambah baik.

“Abang Ali ada perubahan yang baik. Tetapi pada tahun ini memang dia sedih sebab tak dapat nak puasa dan kerjakan solat terawih.”

“Kadangkala dia pun menangis bila dengar bacaan solat terawih kat surau berdekatan. Tapi, nak buat macam mana sebab dia masih belum sihat sepenuhnya.”

“Buat masa sekarang ni pun, abang Ali kena pergi ke Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menjalani fisioterapi setiap minggu.”

Sharifah Azwana memberitahu Ali XPDC tak dapat berpuasa sebab harus minun susu enam kali dalam sehari sebagai sumber makanan dan juga tenaga selain perlu makan ubat yang dibekalkan.