Penyanyi Datuk Jamal Abdillah berkata dia dan anaknya iaitu Zaki Yamani kini sudah kembaloi berbaik.
Hubungan mereka kembali pulih setelah Jamal dan Zaki Yamani dah berhubung semyla malah bersama-sama menjayakan sebuah rancangan.
Kata Jamal Abdillah lagi, hal berkenaan tak perlu diperbesarkan dan diperkatakan lagi kerana ianya merupakan hal dalaman family nya.
“Sebaik saja dia terima tawaran untuk rancangan berkenaan, kami ada hubungan semula. Kami pun dah ada buat rakaman video untuk rancangan itu. Jadi rasanya tak perlulah saya nak komen banyak tentang isu tersebut.”
Ditanya tentang anak-anak, Datuk Jamal Abdillah memberitahu, dia langsung tak ada nak bezakan kasih sayang antara mereka semua.
Malahan Jamal juga dah menyediakan rumah semua anaknya, seorang dah satu rumah.
“Saya tak pernah ada membeza-bezakan antara anak-anak saya. Bagi saya, semuanya sama saja. Saya juga amat terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Dan dah tentu, hal ini terpulang juga kepada ibu mereka. Malah saya dah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya.”
Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan bekas isteri bernama Fatimatuzahra. Sebelum ini ada sedikit isu timbul apabila Jamal berkata ibu Zaki tidak membenarkannya bertemu anaknya itu.
Selain Zaki, Datuk Jamal Abdillah ada anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan bekas isteri bernama, Intan Noraina Mohd Yusof.
Tentang perkahwinan terkininya, pada tahun 2017, Datuk Jamal Abdillah telah mendirikan rumah tangga dengan wanita bernama Zai Izzati Khiruddin dan sehingga kini dia mempunyai tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3 tahun, El Isaac Yamani, 2 tahun, dan paling bongsu, Iskandar Rayyan Yamani, baru berumur beberapa bulan.