“Azri tak tahu, saya tahu apa dia buat di belakang saya” Ellie Suriaty dah agak

2,727 views

Kisah berkenaan Azri Iskandar untuk berkahwin tak sampai sebulan berpisah, sebenarnya bukanlah satu hal yang mengejutkan buat bekas isterinya, Ellie Suriaty.

Jelas Ellie, antara sebab kenapa dia failkan permohonan untuk berpisah dengan Azri sebelum ini juga sebab dia dah dapat rasa bekas suaminya itu ada hubungan dengan wanita lain sebelum ini.

Bagi Ellie, hal ini tidaklah mengejutkannya langsung.

“Saya tak terkejut dan dah boleh agak tentang hal ini. Kerana itu juga hati saya dah betul bertekad nak tarik diri dari perkahwinan dengannya. Saya memang dah dapat rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.”

“Sebelum ini, ada perubahan dalam rumah tangga kami, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan tiada dengan saya lagi.”

19 tahun berkahwin, dia memang dah dapat mengagak hal berkenaan. Ellie menyatakan dia tahu gerak geri suaminya itu.

Namun begitu, kata Ellie, dia tak nak amibil peduli tentang hal berkenaan, dan dia hanya akan fokus pada anak-anak dan juga kerjanya.”

“Naluri isteri ini memang sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang agak ketara. Lagipun kami ni bukannya baru berkahwin, bukan setahun dua.”

“Saya dah minta petunjuk daripada Illahi. Azri tidak tahu bahawa saya ni dah tahu apa yang dia buat kat belakang saya.”

“Ada baiknya saya hanya teruskan hidup ini untuk anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerja saya. Tak nak saya serabut kan kepala dengan hal berkenaan.”

Semalam, banyak portal yang melaporkan bahawa Azri Iskandar dah temui pengganti dan akan merisik, meminga serta berkahwin dengan seornag wanita bernama Dr Azra Diera.

Untuk info, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty berpisah pada pertengahn bulan mei yang baru ini.