Adibah Noor dah tiada, apa akan jadi dengan 40 ekor kucing yang dijaganya.. Ini yang berlaku

3,676 views

Jika disebut nama Adibah Noor, selain seornag yang berbakat besar dalam industry seni sebagai penyanyi dan juga pelakon, dia juga amat dikenali sebagai seorang pencinta kucing.

Adibah Noor memang begitu sayang dengan haiwan bernama kucing ini, sampaikan dari laporan, dia sebelum ini ada membela lebih kurang 40 ekor kucing di rumahnya sendiri.

Sepanjang hidup, arwah langsung tak lokek untuk menghabiskan wangnya serta waktu untuk menjaga kucing tersebut.

Setelah pemergiannya, ada pihak yang turut bertanya, apakah nasib kucing-kucing tersebut. Ada yang mula bertanya tentang kucing milik Adibah Noor itu.

Melihat nasib kucing itu yang sudah kehilangan penjaganya, lelaki bernama Hashman Don yang turut mempunyai rumah peliharaan kucing tampil memberi jawpaan.

Hashman Don dilihat telah mengangkat tangan untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga kucing peliharaan Adibah Noor.

Dari komen Hashman melalui laman media Anugerah Mahligai Arah Nasib Haiwan, dia bersedia nak menjaga kucing berkenaan.

“Bagi saya, tak ada sebarang masalah sekiranya kucing milik arwah Adibah Noor sebanyak 40 ekor itu untuk dijaga dan berteduh di Rumah Amanah, Hulu Langat di Selangor.”

“Warisnya bolehlah terus mesej pada saya. Tak perlu kena bayar apa pun dan makanan pun tak perlu sediakan.”

“Malah setiap hari Ahad daripada pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang adalah hari melawat. Terbuka kepada umum.”

Dalam pada itu, dalam kenyataannya lagi, Hashman turut memberitahu, dia tak ada mengambil sebarang kutipan derma untuk menjalan rumah perlindungan kucing itu.

Sikap dari Hashman ini mendapat reaksi yang positif dari orang ramai.

Sebelum ini, Adibah Noor pernah berkata dia sayang sangat dengan kucing dan tak mengira wang yang dikeluarkan demi menjaga kucing termasuk makanan serta ubatan.

“Secara jujur saya pun tak pasti berapa banyak saya berhabis untuk belanja makanan, serta kos bulanan dan perubatan untuk kucing-kucing yang saya bela ini.”

Buat masa sekarang family Adibah Noor memberitahu, mereka akan bincang dengan rakan terdekat Adibah Noor untuk uruskan kucing miliknya itu.