Pada hari ini telah berlangsung sebutan kes untuk penyanyi dan composer terkenal Yasin Sulaiman melibatkan kes penamaman pokok terlarang di rumahnya.
Ketika di mahkamah, telah kelihatan dua anak Yasin Sulaiman iaitu Samer dan Malaika turut hadir untuk bertemu dengan ayahnya itu,
Samer, 18 tahun dan Malaika, 14 tahun, datang bersama unclenya iaitu abang kepada Yasin, Zain Sulaiman.
Semasa Yasin sampai dan masuk ke mahkamah, kedua dua anak Yasin itu amat tenang dan terus menyapa bapanya itu.
Kedua dua remaja ini memakai baju putih dan kemudian telah melambai kepada pihak media yang merakam mereka.
Anak perempuannya dilihat sempat mengucup pipi ayahnya itu, dan mereka dilihat gembira dan tersenyum, happy dapat bersua.
Sementara itu, ketika berjalan di perkarangan mahkamah, Yasin sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua insan yang membantu dirinya dengan memberi sumbangan kepadanya.
Sumbangan tersebut merupakan kegunaan untuk kos guaman dirinya.
“Nak ucap terima kasih kepada semua yang telah mengisi tabung guaman saya, tanpa mereka semua ini kemungkinan saya akan terpaksa jual buah pinggang untuk sara kos guaman ini.”
“Maklumlah kes ini memang besar macam gajah, tapi saya ini hanya merupakan semut yang mengharapkan keajaiban saja.”
Itulah komen Yasin Sulaiman tentang kes nya yang sedang berlangsung.
Selain itu Yasin turut sudah mengetahui pemergian rakan artis iaitu penyanyi Adibah Noor dan sempat memberi ucapan takziah dan mendoakan Adibah Noor.
“Salam takziah kepada kawan baik saya Mujahid Abdul Wahab dan juga kepada Adibah Noor, inalillah.”
Yasin juga sekali lagi menegaskan dirinya tak bersalah, dan mahu penggunaan pokok ini dibenarkan demi kegunaan kesihatan.
“Sudah ada 40 negara yang membenarkan penggunaan tanaman ini, untuk tujuan kesihatan.”
Sehingga kini, dari kenyataan pihak peguam, kes Yasin Sulaiman akan ditangguhkan ke bulan Julai.