“Kau ingat sikit, ni peserta budak” Mas Idayu menjerit, sampai menangis peserta cilik, rupanya lakonan saja

7,959 views

Kini satu rancangan reality melibatkan peserta cilik atau kanak-kanak sedang berlangsung. Rancangan ini ialah Ceria Popstar Xtra.

Dari satu sedutan video, antara juri yang ditampilkan dalam rancangan ini ialah penyanyi Mas Idayu.

Terkenal dengan sikap bengis, kali ini, ketegasan Mas Idayu memakan diri, setelah ramai yang tak dapat nak terima dengan sikapnya yang sanggup menengking dan memarahi peserta cilik.

Jika dilihat dari sedutan video itu, peserta perempuan itu dilihat dalam keadaan sayu dan sampai mengalirkan air matanya apabila kena tengking dengan juri berkenaan.

Mas Idayu menegur persembahan peserta berkenaan yang tidak mementingkan kualiti suaranya kerana terlalu asyik dengan tarian.

“Awak tadi menari semua okey, tapi ini pentas nyanyian. Awak kena menyanyi. Jangan suka-suak nak buat macam tadi tu, tapi nyanyian awak semua rosak.”

Itu ayat dari mulut Mas Idayu dengan nada yang menengking dan kuat.

Ternyata video berkenaan mengundang komen yang kurang baik dari para penonton semua yang memberi pendapat tak patut Mas Idayu berkata sedemikian.

Berbeza dengan peserta rancangan reality orang dewasa, sepatutnya pendekatan yang lebih mesra dan baik perlu diguna pakai untuk rancangan kanak-kanak atau peserta cilik.

Amyna Mina berpendapat: “Sebenarnya Astro kena fikir juga semasa nak pilih juri. Cari yang sesuai, macam ni terjerit tak sesuai untuk peserta budak.”

Norlailatun Hazlin: “Dia menyanyi pun kelaut, over sangat, meluat pula tengok dia ni.”

Noorizani: “Kau ingat ni peserta orang dewasa jerit macamni, ingat sikit ni budak lagi kot. Lemah semangat budak tu.”

Ini pula komen dari Ceyyoh: “Ni kalau lah peserta itu anak aku, memang dia ni akan kena balik, amboi.”

UPDATE: Ada kisah sebenarnya yang ramai tak tahu.

Setelah diamati, sebenarnya ini merupakan satu challenge dari Zizan dan juga Nabil yang mana Mas Idayu akan memberi komen sedemikian kepada adik peserta itu untuk mendapatkan mood semasa menyanyi.

Ini video penuhnya

Itulah kisahnya yang berlaku tentang komen pedas mas Idayu di Ceria Pop Star.