Video Syamsul Yusof di kedai emas bersama bapa Ira Kazar, lihat reaksi Puteri Sarah

18,055 views

Kisah perkahwinan antara Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof yang diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar telah pun masuk kes mahkamah.

Puteri Sarah Liyana menfailkan saman ke atas Ira Kazar setelah empat tahun diganggu wanita berkenaan.

Dalam kes ini sedang masuk mahkamah, kini tiba-tiba ada satu video yang menjadi buah mulut orang ramai.

Video ini melibatkan suami Puteri Sarah iaitu Syamsul Yusof dan bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar yang sedang berada di kedai emas.

Dari rakaman video itu, dikatakan mereka berdua hanya berlakon bersama, dan sedang membeli emas.

Ini video kedai emas yang dimuatnaik oleh akaun bernama Rghaikimbyeongho.

Namun begitu, diruangan komen, para netizen dan orang ramai tetap menganggap Syamsul umpama tidak menjaga langusng hati isterinya yang sednag turun naik mahkamah, memperjuangkan maruahnya.

Dalam masa yang sama, di laman Instagram milik Puteri Sarah Liyana, ada yang turut bertanya tentang Puteri Sarah Liyana tentang video berkenaan.

Kata pelakon ini dia sedikit pun tak heran dengan video itu. Malahan dia pun tak heran sekiranya suaminya sendiri yang akan bayarkan wang saman Ira Kazar itu.

“Tak kisahlah Syamsul yang nak bayar saman untuk Ira Kazar atau tidak, janji saya ni saman tetap saman dan akan masuk kes mahkamah.”

Puteri Sarah menyaman Ira Kazar pada minggu lalu dan kes ini melihatkan Ira Kazar akan dipanggil ke mahkamah.

Di laman media Instagram milik Puteri Sarah Liyana, pelakon ini ada muatnaik gambar bersama anak-anak sedang bercuti dan menggembirakan diri tanpa kehadiran Syamsul Yusof.

Nama Syamsul Yusof juga kini sedang mencanak naik ekoran kejayaannya dalam filem yang sedang menjadi hit iaitu filem Mat Kilau yang mana ianya kini sudah hampir mencatat kutipan sebanyak RM5juta.