“Saya bukan sekaya yang disangka..” Diva Azwan Ali

2,994 views

Kalau kalian memang peminat mahu pun selalu mengikuti Azwan Ali, dah tentu kalian akan tahu dengan ayat duit berkepuk kepuk yang terkeluar dari mulutnya itu.

Melalui satu laporan dari portal Majoriti, Azwan Ali akui sebenarnya ayat berkenaan hanyalah kiasan sahaja.

Jelas pengacara berumur 56 tahun ini, dirinya bukanlah sekaya mana atau bertaraf jutawan pun.

“Memang saya ni ada banyak dapat mesej daripada pengikut di laman media sosial yang nak mohon bantuan. Rakyat sekarang ni dah semakin susah dan saya memang amat tersentuh dengan hal itu.”

“Cumanya saya ni bukanlah sekaya mana yang disangkakan. Saya belum sekaya mana-mana jutawan pun. Akan tetapi cuma syukur alhamdulillah rezeki itu sentiasa adalah.”

Kerana selalu saja ada yang nak minta bantuan, Azwan Ali telah memilih untuk bertanding habis-habisan pada pilihan raya akan datang dengan niat mahu membantu rakyat.

Pilihan raya sebelum ini, Azwan Ali bertanding menentang abannya sendiri iaitu Azmin Ali, namun telah tewas.

Hal ini langsung tak melunturkan semangatnya, dan menyatakan dia memegang semangat Mat Kilau.

“Semangat saya ni tak pudar. Bagaikan semangat Mat Kilau. Macam tulah Diva AA. Walaupun sebelum ini saya dapat 90 undi, mungkin lepas ini akan dapat pula 91 undi. Why not kan.”

“Apapun, Ini bukannya berkisar tentang jumlah undian, tetapi lebih kepada kelantangan saya sebagai calon. Saya guna wang sendiri dan saya tahu, saya ada supporter.”

Dengan lantang, Azwan Ali menegaskan bahawa abangnya tiada ciri pemimpin bermaruah.

“Ciri-ciri pemimpin bermaruah tak ada dalam Azmin. Dulu rakyat sanjung dia tapi sekarang tak lagi. Harapnya rakyat buka mata tentang kepimpinannya.”

Azwan Ali berkata, dia bukannya kisah dengan peribadi Azmin tetapi lebih kepada tentang cara kepimpinan abangnya itu.

Selain itu, Azwan Ali berkata dia kini memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.