Kini sedang hangat diperkatakan tentang seorang pelawak wanita yang buat show stand up cimedy yang agak di luar batas.
Wanita berkenaan telah menangggalkan baju kurung yang dipakainya kepada public di show berkenaan.
Video ini terus menjadi viral dan mendapat feedback yang kurang baik dari orang ramai.
Menerusi laporan dari pihak Mstar, setelah disiasat nama pelawak ini ialah Siti Amira Natasha Abdullah atau lebih mesra disapa Amy.
Hari ini, Siti Amira Natasha telah tampil membuat satu sesi live bersama seorang lelaki yang disyaki kekasih hatinya bernama Alex.
Wanita ini dengan bersahaja menjawab semua soalan yang dilontarkan kepadanya dari orang ramai bersama Alex.
Antara soalan yang ditanya ialah tentang video yang sedang viral itu.
Siti Amira Natasha menjawab, dia sedar dirinya sedang jadi bualan ramai kerana video itu.
Namun tiada komen lanjut dari wanita ini berkenaan video tersebut dan dilihat cuba mengelak menjawab soalan berkenaan.
Yang jelas, Siti Amira Natasha berkata dirinya masih lagi seorang muslimah dan berbangga dengannya.
“Saya berbangga menjadi seorang menganut agama Islam.”
Dalam ada itu, Alex juga ada menjawab beberapa soalan dari orang ramai ketika sesi live itu.
Jelas Alex, dia mengesahkan Siti Amira Natasha seorang yang memegang agama dan dirinya sendiri akan memeluk agama ini.
Alex juga ada merancang untuk mengahwini Siti Amira Natasha tak lama lagi.
Satu lagi soalan yang dijawab ialah pertanyaan adakah Siti Amira bangga dan seronok sangat sampai menanggalkan baju di public seperti dalam video itu.
“Adakah dia berbangga tanggal baju depan orang ramai? Saya tidak rasa dia seronok buat macam tu.”
Kemudian Alex meminta Siti Amira untuk abaikan soalan-soalan berkaitan video tersebut. Jelas Alex apa yang berlaku adalah salah faham saja dan khuatir sebarang percakapan akan disalah erti.
“Apa yang kami kata nanti akan disalah tafsirkan.” Jelas Alex lagi.
Alex menegaskan mereka tak kisah pun jika hal itu mendapat perhatian pihak berkuasa.
Dari info, Siti Amira Natasha merupakan pelajar bidang undang-undang dan amat aktif dalam kerja sukarelawan melibatkan kesihatan mental.
Mereka berkenalan sebelum adanya perintah kawalan pergerakkan. Alex dan Siti Amirah Natasha juga mempunyai akaun laman media bersama iaitu Alex and Amy namun ternyata banyak adegan tak sopan di dalamnya.