Akhirnya suami Nadya Syahera tampil beri kenyataan, jelas kenapa berada di Thailand

4,209 views

Pelakon Nadya Syahera ada meluahkan rasa hatinya tentang sikap suaminya yang dilihat terlalu asyik dengan kerja sehinggakan merasa dirinya agak terabai.

Nadya Syahera turut tertekan kerana melaksanakan semua kerja rumah dan menguruskan anak seramai tiga orang seorang diri.

Malah, Nadya Syahera juga menyelar tindakan suaminya yang boleh ke luar rumah melepak bersama rakan sehingga lewat malam.

Selain itu, Nadya juga menyatakan suaminya pergi ke negara jiran Thailand selama tiga minggu.

Untuk menjelaskan luahan hati isteri, suami Nadya iaitu Fizul Nawi akhirnya memberi respon balas.

Fizul Nawi menjelaskan bahawa dia terpaksa ulang alik ke Thailand sebab mahu mengukuhkan perniagaan buah-buahan yang sedang dijalankan di sebuah dusun.

“Saya nak ucapkan kemaafan kalau ada yang memarahi atau tersalah faham. Memang buat masa sekarang ni, saya amat sibuk pergi ulang alik pergi untuk ke kebun buah di negara jiran Thailand.”

“Sekarang, saya kena kerja keras kerana saya mahu beri kestabilan semula kepada perniagaan saya ni.”

“Diakui, dan saya sedar diri masih belum mampu nak beri yang sempurna kepada anak bini saya. Ini kerana saya kena membayar hutang dan banyak komitmen setiap bulan.”

“Ketika ini saya masih dalam proses untuk naik ke level yang lebih selesa dan saya memilih untuk hidup secara serdehana.”

“Walau apapun saya akan usaha lebih kuat dan tabah dengan ujian.”

“Saya tak ada nak menyalahkan mana-mana pihak. Salah diri saya sendiri demi nak kejar target sampai ada yang terluka.”

Selain itu Fizul Nawi juga berkata dia bekerja untuk keluarga bukan untuk diri sendiri.

“Berkerja keras bukan demi diri sendiri tetapi untuk jelaskan apa yang patut diselesaikan sebagai ketua keluarga.”

“Jadi orang lelaki ni kena kuat. Sabar itu penting.”

Fizul Nawi dan Nadya Syahera berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai tiga orang anak.