Kisah Zalina Azman, Normala Samsudin dan Zakiah Anas terkejut “Harap selamat, dapat dijumpai”

6,095 views

Kisah kehilangan bekas personality TV3 iaitu Zalina Azman, 58 tahun, agak mengejutkan ramai. Dan ini termasuklah rakan-rakan yang juga pernah berkerja bersamanya sebagai personality TV3. Antaranya ialah Datin Seri Normala Samsudin dan juga Zakiah Anas.

Normala Samsudin, 58 tahun ternyata khuatir dan dan menyatakan rasa gusar setelah mendengar berita kehilangan Zalina Azman.

Menerusi satu posting, Normala Samsudin berharap rakannya itu akan ditemui dengan selamat.

“Saya harap sangat dia akan selamat. Semoga Zalina Azman akan mendapat perlindungan dari Illahi. Semoga diberi kekuatan, kami semua sentiasa ambil peduli, bimbang dan akan berdoa.”

Dalam pada itu, seorang lagi rakan iaitu Zakiah Anas turut terkejut dan menyatakan kebimbangan terhadap kehilangan Zalina Azman.

Zakiah berkata Zalina baik dengan semua orang dan amat disayangi.

“Dia ni sahabat yang amat baik dan kami semua amat sayangkan dia.”

“Sebelum ini, kami memang ada cuba menghubungi Zalina. Saya antara geng lama yang memang rapat dengannya.”

“Yang lain macam Dang Suria, Sharifah Shawati, Datuk Ras Adiba Radzi dan ramai lagi. Ini memang geng lama ketika kami bekerja di studio TV3, ketika di Bangsar lagi.”

“Apabila kami nak berjumpa, kami cuba contact, tapi memang tak dapat. Bila contact, langsung tiada dering. Hal itu dah lama, saya rasa dah berapa tahun lalu saya cuba contact Zalina Azman.”

“Kami ingat Zalina nak hidup low profile, jadi kami pun hormatinya. Memang kami semua terkejut apabila anak dia buat report polis. Rupanya ketika kami tertanya-tanya, anak dia pun sedang mencari ibunya itu.”

Kali terakhir Zakiah Anas berjumap Zalina Azman ialah ketika mahu berangkat ke tanah suci, pada tahun 2013.

“Saya rasa kali terakhir saya bertemu dengan Zalina semasa dia buat majlis doa selamat sebelum ke tanah suci. Masa tu tahun 2013. Lepas balik dari haji, kami terus dah tak berhubungan.”

“Lama tak jumpa dengan Zalina, kami pun lost contact sejak tak kerja di TV3, dia pun nampak sibuk dengan family, saya pun tak ganggu dan faham.”

Zakiah Anas memberitahu, Zalina Azman juga tak mempunyai laman media sosial, dan hidup secara low profile.

“Kami semua tak ada isu dengan Zalina. Dia memang baik dan semua sayang, suka padanya. Harapnya Zalina segera ditemui,”

Itulah komen dari Zakiah Anas dan Normala Samsudin tentang kehilangan Zalina Azman.