Ras Adiba dedah keadaan terkini family Zalina Azman terutama anak-anaknya

3,545 views

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional, Bernama iaitu Senator Datuk Ras Adiba Radzi ada bertemu dengan family Zalina Azman yang hilang sejak bulan neovember tahun lepas.

Ras Adiba berjumpa dengan family Zalina Shaharah di balai polis di Shah Alam semalam.

Jelas Ras Adiba, memang ahli keluarga Zalina Azman kini begitu resah dengan kes ini apatah lagi langsung tiada clue atau petunjuk yang tepat, dimanakah agaknya keberadaan bekas personality TV3 itu ketika ini.

“Saya telah berkesempatan bertemu dengan anak Zalina Azman dan juga abangnya yang mana memang saya dah kenal sejak sekian lama.”

“Sebenarnya mereka semua ahli keluarga mencari-cari juga dimana Zalina dan mereka pun seperti kita mengadakan doa selamat dan bacaan yasin supaya kes ini akan dipermudahkan.”

Tentang keadaan dua anak Zalina, Ras Adiba akui mereka amat bimbang dan begitu resah menantikan perkembangan kes ibunya ini.

“Saya diberitahu kedua-dua anaknya memang amat resah dan begitu risau tentang ibu mereka. Mereka pun tidak tahu di mana nak cari ibu mereka tu.”

Selain itu, Ras Adiba berkata dia datang ke balai polis Shah Alam kerana diberitahu bahawa ada dua wanita dijumpai mirip Zalina Azman.

“Saya ada berkomunikasi dengan wanita yang dijumpai tu dan saya melihat dia sendiri, tapi memang itu bukanlah Zalina. Yang seorang lagi tu yang mereka cakap berlegar sekitar Shah Alam, itu pun saya jumpa dan memang bukan Zalina.”

“Video pun dah teliti, kita sudah tengok gambar dan kad pengenalan serta cap jarinya. Polis sudah pun mengesahkan kedua-dua yang dijumpai di Shah Alam dan kawasan Sentul itu bukanlah rakan yang kita cari ini.”

Itulah perkembangan terkini tentang Zalina Azman terutama keluarganya dari Datuk Ras Adiba Radzi.