Kenapa lambat hebahkan Zalina Azman hilang, Datuk Ras Adiba dah ada jawapannya

2,438 views

Semua dah tahu tentang kes misteri membabitkan kehilangan bekas personality TV3 iaitu Zalina Azman.

Mula tidak dijumpai sejak bulan November, hanya kini kes ini menjadi bualan hangat orang ramai dan menjadi topic di media.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa hanya kini ianya baru menjadi heboh, kenapa tidak semasa awal kehilangannya dulu.

Senator Datuk Ras Adiba Radzi sudah ada jawapannya tentang mengapa tempoh lama diambil sebelum mengumumkan kehilangan Zalina Shaharah Azman.

Datuk Ras Adiba memaklumkan sebenarnya pihak polis telahpun membuat hebahan pada tahun lepas namun hanya segelintir yang tahu dan tidak tersebar seperti sekarang.

Ini mungkin disebabkan penggunaan nama penuh Zalina Azman selain foto yang tidak jelas.

“Mulanya ada kakak saudara saya yang tinggal di London, iaitu Haliza Hashim, dia ada hantar kiriman terbaru Facebook yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, dia tanya pada saya adakah ini Zalina, masa tu saya katakan ini memanglah Zalina.”

“Sejak dari situlah saya terus saja menghebahkan hal ini kepada semua dan memberitahu kepada orang ramai termasuklah sahabat-sahabat kami semua.”

Datuk Ras Adiba Radzi menyatakan dia akan terus mencari Zalina Azman dan meminta orang ramai yang ternampak individu seakan ZAlina untuk merakam gambar atau video dan terus memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihak polis dah lama memulakan siasatan sebaik terima laporan kehilangan Zalina Azman dari anaknya pada bulan November tahun lalu.

“Setelah usaha cari Zalina tak membuahkan hasil, barulah pihak polis bertindak keluarkan hebahan bagi membantu siasatan.”

“Polis tak melambatkan hebahan, sebaliknya kita mengambil masa untuk membuat semakan dengan beberapa agensi berkaitan (pihak telekomunikasi, pihak hospital, dan pihak imegresen), dalam usaha mengesan mangsa.”

“Usaha untuk mengesan Zalina Azman memang kita dah ada jalankan selama ini, cuma kini kita dah lipat gandakan lagi usaha mencarinya.”

Itulah kenyataan dari pihak polis dan juga Datuk Ras Adiba Radzi.