Noor Nabila padam gambar raya, gambar nikah dengan Engku Emran, tukar profile pic

17,087 views

Ini satu kisah terkini tentang Noor Nabila. Menerusi perkongsian di forum hiburan terkenal, Cari, nampaknya ada sedikit perubahan dilakukan oleh kakak kepada Noor Neelofa ini di laman Instagram miliknya.

Noor Nabila dilihat telah menukar gambar picture profile selain tidak lagi kelihatan foto-foto bersama Engku Emran termasuklah gambar perkahwinan mereka berdua.

Ahli perniagaan berumur 37 tahun ini menukar gambar picture profile bersama anaknya iaitu Jebat Jayden.

Dikatakan Noor Nabila sudah memadam gambar bersama Engku Emran di laman media sosial miliknya itu.

Antaar gambar yang dipadam termasuklah gambar ketika pernikahan, dan juga gambar ketika hari raya yang mana mereka memakai baju berwarna biru bersama sama.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan para peminatnya.

Dalam pada itu, semalam juga, Noor Nabila ada muatnaik beberapa gambar di IG stories yang menunjukkan seakan luahan hatinya.

Nabila dilihat bersetuju seratus peratus dengan foto yang bercerita tentang kisah cinta. Ini antara foto yang dimuatnaik oleh Noor Nabila.

Sehingga kini tidak diketahui apa yang terjadi.

Sebelum ini pun, memang kisah Noor Nabila dan Engku Emran menjadi sebutan kerana mereka memang jarang dilihat bersama.

Malahan gambar raya di sambutan hari raya aidil adha pun, hanya Noor Nabila dan Jebat Jayden saja.

Pada bulan Jun yang lalu, Noor Nabila ada menjawab soalan tentang kisah perkahwinannya dengan Engku Emran dari pihak media.

Ketika itu Noor Nabila mengatakan Engku Emran seorang yang tidak suka bercerita terutaam kisah peribadi kerana itu dia menghormatinya.

Jika dilihat di laman media Instagram milik Engku Emran, masih lagi ada gambar Noor Nabila, dan antara yang terakhir ialah pada bulan Mac, 4 bulan yang lalu semasa sambutan hari anniversary mereka yang pertama.

Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Noor Nabila dan juga Engku Emran.