Jatuh terlentang.. Zamani sendiri takut tengok tulang makin teruk, otot pula dah tak fungsi

6,411 views

Penyanyi Zamani Slam, 51 tahun, kini telah diketahui mempunyai tulang belakang yang membengkok dan melengkung dan condition ini dipanggil Scolisosi.

Keadaan Zamani ini bermula pada tahun 2019, dan tulang belekang dilihat semakin membengkok.

Dalam dua tiga tahun ini, dapat dilihat tulang semakin melengkung sehingga Zamani dilihat berjalan semakin senget benget.

Zamani akui badannya ini mula dilihat senget setelah terjatuh terlentang.

“Saya pernah jatuh terlentang di rumah. Masa itu saya baru balik buat persembahan. Tak tahan nak buang air, saya terus berlari ke tandas. Saya tak perasan atas lantai ada air mengalir dari peti ais.”

Kerana licin, Zamani jatuh terlentang di lantai.

Sejak itu tulang belakang semakin bengkok dan pada tahun ini ramai yang semakin risau melihatnya.

Zamani akui dia memang takut sanagat nak bedah, apatah lagi doktor kata dia boleh kena lumpuh,

Namun Zamani kini kena kuatkan diri sebab keadaan bengkok ini dah ganggu tulang rusuk pula.

“Saya refer doktor saraf, pakar neurologi dulu. Ujian MRI dah selesai. Sebenarnya saya pun takut, tengok keadaan tulang saya, ianya amat teruk.”

“Kini dah mula rasai kesakitannya. Malahan sampaikan dah kacau tulang rusuk kanan. Memang saya rasa cuak dan khuatir tapi demi kesihatan, kita kena cekal dan berusaha.”

Buat masa sekarang Zamani hanya ambil ubat untuk menahan kesakitan saja.

“Jujur saya memang tak mahu pembedahan namun dah tak ada cara lain. Sampai bila nak bergantung dengan ubat. Kini nak tidur malam pun sukar.”

Otot Zamani pun nampaknya semakin terganggu.

“Doktor kata otot saya dah tak berfungsi, tak dapat nak sokong tulang belakang. Cuma saya difahamkan, tulang masih boleh dibaiki guna besi. Namun otot ada masalah.”

“Kata doktor sakit saya ni macam pemain bola sepak lagenda Mokhtar Dahari.”

Itulah kenyataan dari Zamani tentang keadaan terkininya.

Sementara itu Datuk Aznil Haji Nawawi memberitahu bahawa dia telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM120ribu kepada Zamani, hasil sumbangan orang ramai.