Pelakon jelita Natasha Hudson memang dah lama tak hadir dengan naskah lakonan yang baru. Kepada peminat setianya, memang mula rasa rindu untuk melihat lakonan Natasha Hudson ni.
Pernah diangkat sebagai pelakon terbaik dalam kategori pelakon pembantu terbaik di Anugerah Skrin pada tahun 2014, Natasha Hudson sudah lama meninggalkan dunia seni dan fokus dengan apa yang dia minati.
Namun begitu, baru-baru ini, pelakon berumur 39 tahun ini dilihat telah kembali ke dunia seni apabila menerima tawaran untuk menjadi model.
Natasha Hudon ada muatnaik foto dirinya sedang menjadi model jam mewah berjenama terkenal iaitu jam Omega.
Ada 4 keping foto menunjukkan Natasha Hudosn sedang memperagakan jam berjenama antarabangsa itu.
Seperti biasa, sememangnya gambar yang ditampilkan amat luarbiasa, dan begitu cantik, maklumlah, Natasha Hudson memang seornag yang professional dan hebat.
Diruangan caption, Natasha Hudosn ada meluahkan rasa syukur kerana dapat terlibat dengan projek dari jam tangan Omega itu.
Ini gambar Natasha Hudosn sebagai model jam tangan berkenaan.
Dalam pada itu, beberapa hari kemudian, Natasha Hudson dilihat telah terlibat dalam satu lagi acara atau event. Kali ini bersempena acara Kedah Fashion Week.
Ini tulis Natasha tentang acara ini.
“Saya buat pembukaan untuk Kedah Fashion Week. Ianya akan mula berlangsung pada bulan Ogos nanti di Aman Central Kedah pada lima sehingga tujuh Ogos. Jangan ketinggalan ye.”
Untuk info, pelakon filem Chermin dan Lemak Kampung Santan ini telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Jay Jasmin pada tahun 2022.
Natasha Hudosn kini dilihat banyak terlibat dengan aktiviti fizikal seperti memanah, naik kuda dan yang paling menjadi kegemarannya ketika ini ialah papan layar atau surfing di laut.