Terperanjat tengok harga beg dipakai Fatima, anak Fazura

13,391 views

Nur Fazura memang terkenal sebagai pelakon. Namun isteri kepada Fattah Amin kini berada di kemuncak karier nya apabila menyertai bidang perniagaan. 

Pada tahun ini, nama Fazura diangkat para peminat yang memujinya amat bijak berniaga. 

Mana tak nya, perniagaan tudungnya seringkali terjual habis dalam masa yang singkat. Khabarnya setiap kali edisi baru yang keluar, habis dah semuanya dalam masa sehari saja. 

Boleh dikatakan hasil penjualan tudung, Fazura kini bergelar jutawan. 

Selain itu ada pula satu lagi bidang yang baru diceburinya iaitu membuat event. Event dan program Fazura iaitu Faztival Fazura turut sold out dalam masa sehari saja. 

Ternyata apa saja yang dilakukan oleh Fazura kini sedang menjadi. 

Itu belum lagi dikira pula hasil pendapatan suaminya Fattah Amin yang sedang mencanak naik namanya melalui kutipan filem Mat Kilau. 

Kejayaan yang digapai oleh family kecil ini membuatkan mereka telah menajdi tumpuan ramai. 

Dari beberapa video oleh peminatnya di Tik Tok, ada yang mula menyiasat harga barangan yang dikenakan oleh Fazura dan juga Fatima anaknya. 

Vide ini dimuatnaik naik oleh akaun Tik Tok Fazuralotsoflover. 

Ada video yang menunjukkan beg tangan milik Fatima sebenarnya bernilai lebih RM160ribu harganya. Memang mewah habis dah tu. 

Beg tangan Fatima

Selain itu, ada beberapa utas jam yang dipakai oleh Fazura berharga lebih RM100ribu seutas. Yang paling mahal ialah jam yang viral sebelum ini, yang mana dikatakan harganya mencecah RM3juta. 

Ada juga gelang yang teramat mewah di kenakan oleh Fazura.

Namun sehingga kini, Fazura dilihat mengambil pendekatan tidak mahu bercerita tentang barangan yang dimiliki sungguhpun kini dah jadi bualan ramai. 

Malahan Fazura dan suaminya Fattah Amin diihat amat jarang dan tidak menayang kemewahan yang dimiliki di laman media sosial, apa yang paling penting ialah meraih kejayaan dalam semua bidang yang diceburi.