“Hidup saya dah sempurna” Kata Ainul Aishah selepas selamat bernikah

966 views

Pelakon Ainul Aishah kini telah pun selamat bergelar isteri setelah diijabkabul dengan jejaka pilihan hatinya bernama Khairul Redzuan pada hari Ahad lepas. 

Dikatakan Ainul dan suaminya yang merupakan ahli perniagaan, telah mula berkenalan pada tahun 2017 dan sudah lebih empat tahun menganali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. 

Pelakon berumur 37 tahun ini ada muatnaik gambar sekitar majlis pernikahannya itu di laman Instagram miliknya. 

Kata Ainul Aishah, dia amat bersyukur semua yang dirancang telah pun berjalan dengan lancar sekali. 

“Syukur alhamdulillah, di atas keberkatan dan juga doa dari semua orang, urusan majlis nikah dan perkahwinan kami berdua telah pun dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan begitu lancar.” 

“Saya sangat syukur atas segalanya, dan kini saya akhirnya bergelar isteri kepada lelaki yang paling penyayang. Saya amat bertuah sebab kini dapat bersama dengan family tersayang dan teman-teman di hari istimewa saya ini.” 

Baginya, ini satu memaory yang akan terpahat buat dirinya selamanya dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat. 

“Memori yang istimewa ini akan kekal selamanya dalam hati saya. Dikesempatan ini saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis ini. Sayang anda semua, hidup saya kini telah pun menjadi sempurna sekarang.” 

Dari foto, ketika diijab kabulkan Ainul dan Khalid mengenakan busana perkahwinan berwarna putih. Di majlis resepsi pula Ainul Aishah memakai busana berwarna putih dan suaminya memakai suit berwarna hitam. 

Majlis pernikahan berlangsung di hotel terkemuka, iaitu The Saujana Hotel Kuala Lumpur dan dihadiri keluarga serta rakan yang rapat. 

Tahniah diucapkan buat Ainul Aishah di atas perkahwinannya dengan Khalid, semoga bagaia selalu diucapkan.