Sudah beberapa kali penyanyi remaja, Masya Masyitah tampil dengan gaya atau fesyen yang kurang disenangi netizen.
Ini kerana semua tahu bahawa Masya Masyitah seorang yang berimrj muslimah dan betudung, namun kadangkala fesyen yang dipakai tidak bersesuaian.
Baru-baru ini, sekali lagi pakaian penyanyi berumur 22 tahun ini jadi tumpuan orang ramai.
Semuanya berlaku apabila Masya muatanaik foto ketika bercuti di luar negara, di Dubai.
Maysa Masyitah memakai baju fesyen jumpsuit seperti pakaian dalam.
Ramai yang mempersoalkan tindakan Masya mengenakan pakaian berkenaan yang memperlihatkan bentuk badannya.
Menerusi satu satu sesi live, Masya ada mengatakan dia tak mahu memikirkan hal berkenaan sangat.
“Tak pe, biarlah saja lah orang nak viralkan, orang yang viralkan tu pun nanti dapatlah balasan dia.”
“Buat apa kita ni sampaikan nak stress-stress fikir hal macam tu, lebih baik kita fikir hal yang positif.”
Dalam pada itu, emak kepada Masya Mastitah juga ada memberi komen ketika sesi live berkenaan.
Ibunya setuju dengan Masya, dan turut berkata jika mengata tentang anaknya, nanti ianya akan kembali kepada mereka juga.
“Amboi ye, mahu juga mengata lagi. Takpa syukur alhamdulillah. Apa yang mereka cakap dan kata tu, insyaallah nanti akan balik dengan ampa juga na.”
Apa yang diperkatakan oleh ibu Masya Masyitah ini ternyata tak disetujui netizen di luar sana.
Memang ramai yang memberi komen mengatakan patutnya ibunya menegur anaknya itu.
Selepas teruk juga menerima komen dari netizen, Masya ada memberi satu lagi jawapan dan mengakui buat silap.
“Sudah-sudahlah tu. Nama pun seorang manusia, tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Yang baik-baik semua dari Illahi dan yang yang tak baik tu dari saya. Terima kasih.”
Itulah komen dari Masya Masyitah dan ibunya yang kini masih lagi bercuti di Dubai.