Pelakon terkenal Sharifah Sakinah, 33 tahun, kini terpalit dengan khabar angin mengatakan bahawa dirinya sedang hamil.
Ura-ura ini mula timbul setelah suaminya iaitu Michael Hansen seakan memberi hint melalui satu entry di Instagram.
Jejaka berasal dari Sweden tersebut mulanya mengusik Sharifah Sakinah namun ramai percaya bahawa memang Sharifah Sakinah sedang hamil.
Usikan dari Michael Hansen dibuat semasa Sharifah Sakinah yang mesra disapa Kinah, sedang sibuk membetulkan tali baju gaun yang dipakai olehnya di depan sebuah cermin.
Baju berwarna hijau itu dilihat agak sendat apatah lagi mempunyai design yang amat moden.
Ketika membetulkan baju, Kinah telah membebel dan mengeluh tentang baju yang nampak bahagian perutnya itu, kelihatan sedikit berisi sedikit.
“Oh tuhan ku, nampak perut saya ni, oh my God perut.” Ujar Kinah.
Melihat isterinya itu sedang mengeluh tentang bentuk perutnya, Michael Hansen secara spontan berkata itu yang akan terjadi apabila Sharifah Sakinah sedang hamil.
“Yes, itulah yang berlaku sekiranya awak sedang mengandung.”
Sharifah Sakinah kemudian terkejut dengan jawapan dari suaminya itu, dan kemudian memberi pandangan serta lirikan mata kepada Michael Hansen.
Melihat reaksi Sharifah Sakinah, Michael Hansen menambah bahawa isterinya itu belum mengetahui tentang halk mengandung tersebut.
“Dia masih belum tahu lagi ni.” Kata Michael Hansen lagi, seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan terkenal Beautiful Nara.
Video ini lantas memberi hint bahawa Sharifah Sakinah sedang berbadan dua, namun sehingga Sharifah Sakinah dan Michael Hansen tak ada memberi sebarang kenyataan secara rasmi tentang isu sedang mengandung.
Mereka berdua mengambil pendekatan untuk tidak berbicara dengan lanjut dan hanya berdiam diri saja.
Sharifah Sakinah dan Micahel Hansen membuat pengumuman dah berkahwin di awal tahun 2022 namun tidak mendedahkan tarikh sebenarnya.