Umur 22 tahun, penyanyi Masya Masyitah dah pakai Porsche

699 views

Di usia yang masih lagi muda, iaitu baru 22 tahun, penyanyi remaja Masya Masyitah kini dilihat dah pun mampu memiliki sebuah kereta mewah.

Menerusi satu entry di IG Story, Masya Masyitah ada muatnaik sedang memandu kereta dan dengan kelihatan di sterengnya ada lambang kereta jenama Porsche.

Dalam satu entry pada bulan September yang lalu, Masya Masyitah ada muatnaik beberapa keping foto bergaya dengan kereta Prosche 718 Cayman. 

Kereta berkenaan berwarna biru dan caption yang ditulis oleh Masya Masyitah ialah dia mengatakan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini.

Tak ada pun yang tidak boleh dikecapi di dunia ini, semua benda boleh dilakukan dengan penuh keyakinan.” Itu kata-kata yang diungkapkan penyanyi ini.

Dari komen seorang pengguna Instagram bernama Elfizzararyna, dia ada menulis yang mengatakan nak tumpang dan menjawab komen berkenaan Masya Masyitah berkata boleh saja.

Nak tumpang boleh tak?” Tulis Elfizzararyna.

Haha boleh saja, anything for you.” Reply Masya Masyitah.

Menerusi hasil carian seperti yang dilaporkan portal Murai, harga untuk kereta baru jenis Porsche itu boleh mencecah sehingga RM700 ribu, memang keras harganya.

Masya Masyitah sebelum ini beberapa kali menjadi sebutan ramai terutama ada isu mengenai cara pemakaiannya ketiak bercuti di Dubai.

Tentang karier seninya, Masya Masyitah memang sedang meningkat naik sejak popular dengan lagu berjudul Halimunan dan kemudian menjadi juara satu rancangan realiti antarabangsa membawa pulang hadiah lebih seratus ribu Ringgit.

Masya Masyitah juga kini dah memiliki dua buah rumah hasil titik peluhnya sendiri.

Selain menyanyi, Masya Masyitah juga amat aktif berniaga dan menjual pelbagai makanan selian aktif sebagai content creator terutama di laman Youtube.

Tahniah diucapkan kepada Masya Masyitah yang boleh dikatakan antara artis remaja yang amat berjaya ketika ini.