Antara isu yang hangat beberapa bulan kebelakangan ini ialah kisah rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liana dengan wanita bernama Ira Kazar.
Ira Kazar dilabel sebagai orang ketiga yang hadir dalam perkahwinan mereka. Wanita ini sebenanrya anak kepada penyanyi dan juga pelakon, Kazar.
Bercakap tentang isu yang melibatkan Ira, Kazar ada beri sedikit pandangannya melalui satu temubual dengan portal Mstar.
Ayat yang diungkapkan oleh Kazar seperti yang ditulis di portal Mstar ialah hal ini bukanlah satu isu yang terlalu besar dan mahu mereka semua berdamai dengan cara baik.
“Jika boleh, semua yang terlibat ni dapat berdamailah, ini bukannya satu masalah yang besar sangat.”
Ungkapan dari Kazar ini telah menjadi topik bualan orang ramai.
Setelah ianya menjadi tular, Puteri Sarah Liana sendiri telah mengetahuinya dan telah pun memberi respon.
Melalui satu entry di laman media sosial miliknya, Puteri Sarah telah upload foto artikel berkenaan dan meminta orang ramai memberi pandangan masing-masing.
Ini yang ditulis oleh Puteri Sarah setelah terbaca ungkapan dari Kazar itu.
“Bukannya satu masalah yang besar sangat meruntuhkan rumahtangga orang sila bincangkan.” Tulis Puteri Sarah.
Ruang berbicara tentang topik ini nampaknay hangat dibincangkan di ruangan komen.
Memang ramai netizen yang memberi pandangan masing-masing di entry di Instagram Puteri Sarah Liana itu.
Ada juga beberapa rakan Puteri Sarah yang menulis komen antaranya, Bella Astillah, Intan Liana Salleh dan juga Farah Lee.
Menjengah komen yang lain, rata-rata netizen mengatakan Kazar tak rasa apa yang dilalui oleh orang lain jika perkara ini berlaku kepadanya atau ahli keluarganya sendiri.
Mereka mahu Kazar berfikir jika berada di pihak Puteri Sarah Liana.
“Tak kena pada anak sendiri memang la tak rasa.” Antara komen yang ditulis.
“Patut sebagai ayah, kena beri nasihat pada anak sendiri.” Itu komen lain.
Sehingga kini, kes Ira Kazar didakwa menggangu rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liana ini dah pun dibawa kepada undang-undang, dan ianya dah jadi kes mahkamah.