Pelakon cantik jelita Rozita Che Wan mempunyai seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana hasil perkahwinan dengan Zain Saidin.
Pada tarikh 1 November, Aisyah kini masuk ke umur 8 tahun, lahir pada tahun 2014.
Namun bergitu Rozita Che Wan melalui laman Instagram miliknya telah memberitahu bahawa puteri kesayangannya itu kini tidak sihat.
Dari entry terbaru, Rozita Che Wan atau mesra dipanggil dengan nama Che Ta, menyatakan bahawa Aaisyah Dhia Rana telah disahkan positif Covid19.
Che Ta turut muatnaik video anaknya itu sedang tidur dan berehat ketika itu.
Pelakon berumur 49 tahun ini memang amat kesian kerana Aaisyah terkena jangkitan ketika hari lahirnya yang ke lapan, maka tak dapatlah nak sambut birthday pada hari ini.
Namun begitu, Che Ta berkata, dah tentu apabila dah sembuh, dia dan sekeluarga akan sambut hari lahir anaknya itu secara besar-besaran.
“Pada hari ini, ianya merupakan hari jadi untuk puteri Aaisyah Dhia Rana, namun begitu kesiannya sayang mummy ni dah kena Covid-19.”
“Nanti bila sudah sihat, kita akan sambut all out ya sayang. Kita buat di tempat Lantera Venue tau.”
Menjenguk di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan agar Aaisyah Dia Rana akan cepat sembuh dan tak lupa juga yang memberi ucapan selamat hari lahir buatnya.
Ada juga beberapa rakan artis Che Ta yang menulis komen termasuklah Azza Elite, Sharifah Sahirah, Raja Ilya, Catriona Ross dan ramai lagi.
Shiera Ijoy memberi komen: “Alahai kesiannya dia, ni first time kena ye. Semoga Aaisyah cepat sembuh ye.”
Azza Elite pun memberi ucapan: “Aaisyah Dhia Rana Happy birthday princess yang amat cantik. Mommy pun memang stay gorgeous always.”
Get wells oon buat Aaisyah Dhia Rana dan selamat hari lahir yang ke lapan tahun.