Pelakon Mas Khan telah menjadi jujur dengan menjawab satu soalan dari seorang peminatnya baru-baru ini.
Peminat bertanya kepada Mas Khan menerusi sesi soal jawab di Instaram menerusi sesi Ask Me Question baru-baru ini.
Soalan yang ditanya kepada pelakon berumur 28 tahun itu ialah tentang cara nak berjaya dan adakah Mas Khan solat.
Ini soalan dari peminat berkenaan kepada Mas Khan: “Macam mana untuk menjadi seorang yang berjaya ye. Adakah kamu ni bersolat penuh? Maaf ye sebab tanya. Saya memang amat suka tengok story dari Mas Khan.”
Melihat soalan berkenaan, Mas Khan memberi jawapan yang jujur tentang dirinya.
Jelas Mas Khan dia akui tidak dapat menunaikan solat lima waktu walaupun akui solat merupakan tiang agama.
Mas Khan juga ada menulis dan mengatakan solat itu wajib namun bagi nya, di amelihat kepada hati seseorang.
Selain itu, pelakon ini juga ada mengatakan dia kini mencari pahala dengan cara lain seperti membantu orang atau pun menyampaikan sedekah.
Ini komen penuh dari Mas Khan seperti yang dilaporkan oleh portal Xtra.
“Jangan risau, saya ni tidak berpura pura pun. Solat tu memang jarang sekali. Ye betul, solat itu tiang agama serta wajib, namun saya juag memandang kepada hati seseorang itu sendiri.”
“Maybe saya ni solat dah kelaut, tetapi kita juga cari pahala dari cara yang lain faham tak.”
“Antara contohnya ialah bersedekah, membantu orang lain serta menjadi seorang yang bertanggungjawab dan sebagainya.”
“Tak bermaksud juga jika kamu solat lima waktu kamu akan cium bau syurga jika hati pun tak betul. Nor heart feeling ye, chow dulu.”
Itulah jawapan dari Mas Khan apabila ditanya tentang hal solat ini.