Jika menonton drama Nur TV3, antara watak yang buat ramai terkesan ialah lakonan Azar Azmi, 33 tahun.
Dengan gayanya dalam drama itu yang dibawa dengan baik, nama Azar Azmi dilabel antara pelakon yang amat berkaliber.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Azar Azmi dilihat telah menyepikan dirinya dari industri seni.
Malahan di laman Instagram miliknya, Azar Azmi langsung dah tak update atau muatnaik sebarang gambar serta foto yang baru.
Kali terakhir pelakon ini muat naik entry ialah pada bulan 5 yang lepas, kira-kira dah enam bulan tak buat sebarang entry.
Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dari orang ramai terutama para peminat yang merindui naskah dari Azar Azmi. Ramai yang nak tahu apa yang berlaku kepada Azar Azmi?
Menjawab hal ini, pihak Melodi telah mendapatkan jawapannya dan hal ini dijawab oleh pihak pengurusan Azar Azmi sendiri.
Kata Kam, pengurus kepada Azar Azmi, pelakon berkenaan ada saja dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia seni buat seketika.
“Benda ni sensitif sebab melibatkan family semua kan. Azar Azmi tu ada saja.”
“Cumanya sekarang ni saya kena hormati dia sebagai artis yang saya uruskan. Dia memang sihat, makin sihat tengoknya.”
“Apapun saya akan hubungi dia dan family dia juga kalau nak cakap apa-apa. Sekarang dia minta rehat, dan saya respect dia.”
Jelas Kam lagi, Azar bukannya merajuk dan memang ada banyak tawaran berlakon.
“Dia tak merajuk dan jika nak ikutkan, hampir setiap hari ada producer atau pengarah yang tanya pada dia, nak berlakon tak.”
“Job yang dia di offer tu memang banyak, cuma saya tak boleh janji bila dia akan bersedia.”
“Azar Azmi tak merajuk langsung, tak ada isu personal pun.”
Kam juga ada mengulas tentang kononnya Azar Azmi ada isu tentang perniagaannya.
“Untuk isu yang mengatakan tentang produk Azar Azmi ni, saya akan cuba dapatkan kenyataan darinay dan juga family nya.”
“Tapi nanti jangan tanya saya, sebab saya tak masuk campur tentang urusan perniagaan yang dijalankan oleh Azar Azmi. Dia ada admin dan staff yang uruskan perniagaannya itu.”
“Tentang itu saya tak berani komen banyak, takut salah bual.”
Ditanya mengapa tak update media sosial, Kam memberitahu lagi, laman media itu bukan diuruskan oleh pihak management.
“Itu Azar sendiri yang pegang, saya pun tak pasti mengapa dia tak post apa-apa di media sosial. Saya pun ada tanya juga kan. Tapi kalau dia dah tak mahu, tak akan kita pula nak paksakan.”
Tentang persoalan bahawa Azar Azmi kini hanay berkurung di rumah sebab tertekan, ini jawapan dari Kam.
“Mana tahu dia kat rumah, dia ada je pergi merayap. Saya pun ada whatsapp dia, tapi kadang-kadang dia reply kadangkala dia tak reply. Ikut mood dia. Last week saya baru communicate dengan family dia. Kalau dia tak update apa-apa di media sosial tu, anggap je la data dia habis.”
Jelas Kam, pengurus kepada Azar Azmi, jika tiada apa, tahun depan Azar Azmi akan kembali semula berlakon.
“Saya pernah tanya dia, nak berhenti berlakon ke, dia kata tak lah, I nak berlakon lagi, tapi bagi I masa, itu dia cakap.”
“Dua tahun lepas dia memang sibuk jadual berlakon back to back sampai tak cukup tidur.”
Itulah jawapan tentang kehilangan Azar Azmi, dia sihat saja cuma nak berehat seketika.