Mira Filzah respon tewasnya KJ, Nurul Izzah dan Tun M

998 views

Semalam berlangsungnya pilihan raya umum Malaysia yang ke 15. Banyak keputusan yang agak mengejutkan berlaku. 

Selain kekecewaan Barisan Nasional yang nyata, banyak juga nama besar yang tumpas kali ini. 

Antara nama besar yang kecundang ialah dua YB dari kalangan orang yang muda iaitu Khairy Jamaluddin, 46 tahun, dan juga Nurul Izzah Anwar, 42 tahun. 

Melihat dua wakil rakyat ini kecundang, pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah dilihat ada memberi responnya. 

Mira Filzah telah muatnaik rasa hatinya menerusi satu hantaran di Insta Story mliknya setelah keputusan kawasan yang kedua wakil rakyat berkenaan bertanding telah diumumkan secara rasmi. 

Dari hantaran berkenaan, Mira Filzah ternyata meluahkan rasa sedih dengan tewasnya dua wakil rakyat ini. 

“KJ dan Izzah (meletakkan emoji menangis). Tidak, kami amat memerlukan dua individu ini di parliament.” 

Kemudiannya Mira Filzah juga ada muatnaik gambar sayu dari KJ dengan memberikan emoji love tanda sokongan. 

Ini hantaran dari Mira Filzah. 

Selain itu, Mira Filzah turut memberi respon kepada kekalahan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir yang hilang deposit di Langkawi. 

Tulis Mira Filzah, dia berterima kasih dengan segala yang Tun Mahathir telah sumbangkan kepada negara. 

“Tun telah melakukan begitu banyak untuk negara ini. Terima kasih banyak Tun, kami masih sayang pada Tun.” 

Ini gambar ucapan Mira Filzah kepada Tun Mahathir. 

Mira Filzah dilihat telah menunggu sehingga awal pagi untuk mengetahui keputusan pilihan raya kali ini. Sekitar jam 528 pagi, Mira ada menulis rasa berdebar-debar dengan keputusan PRU15. 

Sebelum itu, Mira Filzah, 29 tahun, antara selebriti yang muatnaik gambar jari dengan dakwat tanda sudah keluar untuk mengundi di pagi Sabtu.