Gambar majlis berinai tersebar, Safawi Rasid dan Syifa Melvin nikah malam ini?

972 views

Pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim atau JDT iaitu, Safawi Rasid telah tampil bersama wanita yang dikatakan pasangannya iaitu Syifa Melvin dalam satu majlis berinai semalam. 

Syifa Melvin yang merupakan adik kepada pelakon terkenal Syatilla Melvin dan adik ipar kepada Shaheizy Sam, bergambar bersama Safawi Rasid dengan mengenakan inai dijari masing-masing. 

Ada dua keping foto malam berinai yang telah menjadi tular di laman media sosial pada hari ini, dan ini sekaligus memberi gambaran bahawa pasangan ini akan menamatkan zaman bujang masing-masing tak lama saja lagi. 

Menerusi satu laporan dari portal Kosmo, khabarnya, majlis pernikahan akan berlangsung pada malam ini, namun tiada sebarang jemputan lagi diberikan kepada pihak media. 

Dari laporan berkenaan, dikatakan, majlis pernikahan Safawi Rasid dan Syifa Melvin akan diakan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya jam 7 malam sehingga jam 11 malam ini. 

Untuk tema pakaian di majlis ini ialah pakaian dengan warna serba putih serta menutup aurat. 

Pihak media seperti yang dilaporkan oleh Kosmo ada cuba mendapatkan jawapan dari Syifa Melvin namun gadis ini tak mahu hal ini jadi tajuk bualan.   

“Tak perlulah nak dihebohkan lagi tentang hal berkaitan isu ini. Saya minta sangat.”  

“Jika betul dah sampai waktu nanti, kalian semua akan tahu juga. Saya hanya minta doa yang baik-baik saja dari semua suoaya perhubungan ini diredhai oleh Illahi.”  

Majlis perkahwinan antara Safawi rasid dan Syifa Melvin mula jadi bualan setelah para penyokong tegar JDT ada menyanyikan lagu selamat pengantin baru kepada Safawi di stadium baru-baru ini. 

Kemudian ada pula bayang seterusnya yang mengatakan ada menerima jemputan perkahwinan antara Safawi Rasid dan Syifa Melvin pada tarikh 3 Disember 2022.