“Tak pernah control, paksa” Ucapan sweet Che Ta kepada Zain Saidin, sambut anniversary ke 9

827 views

Pada tarikh 11 Disember 2022, maka genap lah usia perkahwinan pasangan pelakon Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan. 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2013, dan memilih tarikh yang amat cantik ketika itu iaitu 11/12/13. 

Melalui laman Instagram miliknya yang mempunyai 5 juta pengikut, Rozita Che Wan atau Che Ta telah menulis ucapan khas buat suaminya itu. 

Rozita Che Wan, 49 tahun, berkata dirinya amat bahagia memiliki suami seperti Zain Saidin. Ini ucapan dari Che Ta. 

“Happy anniversary yang ke 9 tahun sayangku handsome. Lelaki yang aku nikahi pada 9 tahun yang lalu. Syukur alhamdulillah. Semoga akan terus jadi pendamping diri ini yang paling setia. I masih sama tak macam 9 tahun lepas.” 

“I tak sangka kita dah 9 tahun bersama sama. Rasanya macam baru semalam kahwin. Sayang you sangat-sangat Zain Saidin.” 

Dalam pada itu, Che Ta sempat memberi pesanan kepada pasangan suami isteri di luar sana. Jelasnya ujian memang akan datang namun yang penting kenalah bersabar. 

“Sebelum ini, 12 tahun bergelar ibu tunggal, tapi saya tak penah give up tentang perkahwinan. Kadangkala Tuhan akan hantar peneman kerana mahu uji kesabaran kita. Jika sabar maka akan kekallah bahtera yang dibina, sebaliknya jika tak ada rasa sabar tu, habis akan porak peranda.” 

“Apapun, 9 tahun ni Tuhan hantar pada saya yang baik baik saja, Zain Saidin.” 

Bagi Che Ta, Zain Saidin, 38 tahun, seorang yang amat penyayang dan memang suami idamannya malah sering mengingatkan tentang ibadah. 

“Dia ni tidak pernah pun nak suruh saya kemas rumah, tak pernah paksa memasak, jauh sekali ada nak control pergerakan saya.” 

“Namun ada satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu iaitu sayang dah solat? Tak sangka mat saleh celup yang saya kahwin ni amat ambil berat hal berkaitan agama. ingat lepas kahwin akan pakai skirt atas peha, yelah saya kan feeling macam kahwin dengan mat saleh.” 

“Tetapi akhirnya terus dengan perlahan tutup aurat bertudung. Syukur sangat Tuhan hantar peneman hidup kita, tak kaya pun kami bahagia.” 

“Kepada wanita luar sana jangan give up tentang rumahtangga, nanti jodoh akan muncul. Doa saja.” 

Sementara itu, Che Ta ada menyatakan dia sempat merasa untuk pakai gaun kahwin atau baju kahwin yang mewah dari Ivan Young untuk anniversary tahun ini. 

“9 tahun, dah 9 kali kami sarung baju kahwin. Syukur alhamdulilah tahun ni ada rezeki dapat sarung baju kahwin yang berharga 80ribu. Thanks Ivanyoungofficial.” 

Tahniah diucapkan buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin, semoga bahagia selalu.