Selebriti terkenal Janna Nick, 27 tahun, terus diasak dengan persoalan berkaitan hubungannya dengan pelakon kacak Dini Schatzmann, 28 tahun.
Pada hari Ahad lalu, akhirnya pihak Melodi telah menerjah Janna Nick untuk mendapatkan jawapan dari mulut pelakon dan penyanyi itu sendiri.
Ketika ditanya, Janna Nick mengatakan dia dah menyepi selama sebulan lamanya kerana mahu tenangkan diri.
“Dah lebih kurang satu bulan saya sepikan diri sebab saya mahu beri ketenangan pada diri ini. Saya nak ruang dan masa untuk diri sendiri ketika ini.”
Janna Nick juga menegaskan bahawa dia dah luahkan isi hatinya dalam lagu terbaru berjudul Mentari Setia.
“Jika ada yang tanya saya betul ke dah putus hubungan cinta dengan Dini, jawapan saya tetap no komen.”
“Kena dengar lagu Mentari Setia, itulah luahan hati saya, kisah sebenar saya dah cerita dalam video muzik Mentari Setia.”
“98 peratus lirik lagu Mentari Setia saya tulis berdasarkan rasa dan naluri hati. Saya memang menangis semasa menulis lirik lagu tersebut.”
Tentang ianya gimik semata kata Janna, dia memang sedang breakdown.
“Sebagai seorang yang sedang melalui fasa breakdown, saya kini terluka, sedih, kecewa, itulah luahan hati saya.”
“Kalau orang luar nak cakap itu semua hanya gimik, bermakna orang tidak validate perasaan saya. Saya ni berhak untuk rasa sedih.”
Sementara itu, tentang hubungan dengan Dini Schatzmann, dan dakwaan dia masih bertemu dengan Dini, kata Janna, itu bukan hal yang pelik.
“Jika ada orang nampak saya dengan Dini, itu tak pelik. Takkanlah kami tidak boleh berkawan, Ini sebabnya kami masih lagi mempunyai hubungan sebagai partner dalam company.”
“Tapi sebagai partner company, lebih baik kami buat hal masing-masing saja.”
Dalam pada itu, Janna Nick akui dah lama tak follow Ig milik Dini Schatzmann.
“Ada yang pertikaikan saya tak mengikuti Dini kat IG, walhal saya dah lama tak mengikuti Dini. Apapun, kerana kata-kata, orang mula buat spekulasi.”
Janna Nick juga akui dirinya bukannya sempurna dan bermasalah,
“Jika ada orang yang tak suka saya, saya tak buat apa-apa. Jiwa saya dah terlalu rosak untuk menambah rasa tak suka orang. Memang saya ni tak sempurna dan tak senang nak diurus.”
“Saya sedih dan kecewa dengan diri ini, orang yang bermasalah adalah saya, sebagai manusia biasa, saya tak ada daya nak miliki hati orang.”
“Aku ni tak paksa orang untuk stay dengan aku, aku let him go.”
Ini video penuh Janna Nick.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Janna Nick atas segala urusannya.