Kisah antara Puteri Sarah Liyana dan suami Syamsul Yusof sedang mendapat liputan yang meluas.
Selepas Syamsul Yusof mengumumkan telah berkahwin dua dengan wanita bernama Ira Kazar, kisah ini kembali menjadi bualan ramai.
Dapat dilihat ramai yang mula memberi kata-kata semangat kepada Puteri Sarah Liyana, dan ini termasuklah rakan-rakan dari kalangan artis.
Antara yang dilihat turut memberi komen kepada Puteri Sarah Liyana ialah pelakon cantik Nora Danish.
Di satu ruangan Puteri Sarah, Nora Danish dilihat meninggalkan komen dengan kata-kata semangat kepadanya.
Nora Danish akui, apa yang berlaku kepada Puteri Sarah itu hal yang amat berat.
“Ujian yang dilalui oleh Puteri Sarah ini sangat berat untuk kami yang hanya mampu melihatnya saja.”
“Namun, sesungguhnya Tuhan mengetahui segalanya dan perancang terbaik. Redha bukan sesuatu yg mudah tetapi percayalah ada yang lebih indah menanti kamu wahai Puteri Sarah.”
“Saya akan sentiasa mentitipkan doakan supaya Puteri Sarah akan menemui ketenangan untuk hadapi semua ini.”
Nora Danish turut mengakui, Puteri Sarah memberi inspirasi kepada ramai wanita kerana kekuatan yang ditonjolkannya.
“Kamu ni seorang ibu yang amat kuat sekali. Anak merupakan satu anugerah dari Illahi, yang tak ternilai.”
“Syukur Puteri Sarah ada dua orang anak yang hebat dan cantik-cantik. Letakkan mereka dipersekitaran yang positif, mereka memerlukan Sarah lebih dari segalanya ketika ini.”
“Saya berbangga dengan kekuatan yang ada pada Puteri Saraj, terus memberi inspirasi, segalanya yang lain, biarlah Tuhan, Puteri Sarah dan family yang tahu, kami sayang kamu.”
Itulah nukilan yang ditulis oleh Nora Danish kepada Puteri Sarah setelah apa yang terjadi.
Puteri Sarah ada menulis respon dengan mengucapkan terima kasih kepada Nora Danish di atas ucapannya itu.
“Terima kasih banyak kakakku.” Tulils Puteri Sarah.
Komen dari Nora Danish kepada Puteri Sarah itu ternyata telah mendapat respon yang positif dari warga maya.