Pengarah tak nampak Sophia Albarakbah dan Aliff Aziz bercinta di lokasi

3,592 views

Kisah Aliff Aziz dikaitkan dengan seorang pelakon yang sudah terjatuh cinta padanya menjadi perhatian ramai pihak. 

Hal ini mula diceritakan oleh Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz. Kata Bella, pelakon wanita itu mula terpikat dengan suaminya ketika berlakon bersama-sama. 

Antara yang dilakukan oleh pelakon berkenaan ialah seringkali call suaminya banyak kali di luar waktu kerja. 

Pendedahan dari Bella Astillah ini mendapat pelbagai tanda tanya, siapakah pelakon yang dimaksudkan itu. 

Ramai mula memberi anggapan bahawa pelakon berkenaan ialah Sophia Albarakhbah, yang berganding dengan Aliff Aziz dalam drama Ku Akad Kau. 

Sehingga kini, Sophia Albarakbah mengambil pendekatan berdia diri saja tak memberi sebarang kenyataan. 

Namun pengarah drama berkenaan iaitu Osman Ali tampil memberi komennya. 

Jelas Osman Ali, dia tidak tahu menahu kisah hubungan antaar Aliff Aziz dan juga Sophia Albarakbah. 

Apa yang dilihat, kedua pelakon berkenaan amat profesional dan hanya bercinta di dalam naskah arahannya itu saja. 

“Saya memamg tak nak campur berkaitan urusan peribadi mereka. Tetapi setahu saya, kedua-duanya tidak ada apa-apa hubungan.” 

“Apa yang saya nampak, Sophia dan Aliff, mereka berdua ni bekerja secara profesional semasa di lokasi penggambaran.” 

“Saya tak nampak ada apa-apa antara mereka berdua. Mereka cuma berlakon saja dan mereka kena menyukai sesama sendiri.” 

“Kalau berlakon sedang bercinta, kenalah betul-betul bercinta. Tetapi perasaan suka itu tidak perlu dibawa sampai keluar set penggambaran. Hanya di dalam watak sajalah.” 

“Saya memang tidak nampak Sophia dan juga Aliff ada hubungan peribadi. Memang tidak ada. Jadi saya harap cerita ini dihentikan saja.” 

Osman Ali sudah pun terbaca tentang pendedahan dari Bella Astillah tetapi tak mahu terus menuduh sesiapa. 

“Saya tak tahu pelakon yang Bella maksudkan tu siapa. Saya tak nak lah terus menuduh sembarangan, takut jadi fitnah pula kan.” 

Osman Ali juga nafi mahu kisah mereka diperkatakan untuk meraih perhatian, sebaliknya mengatakan hal ini akan menjatuhkan reputasi pelakon berkenaan.  

“Adalah tak adil bagi mereka berdua sebabnya mereka masing-masing sedang bekerja. Mereka suka hanya dalam lakonan saja.” 

Itulah komen dari Osman Ali tentang nama Sophia Albarakbah sedang hangat diperkatakan menjadi pelakon wanita yang cuba mendekati Aliff Aziz seperti yang didedahkan oleh Bella Astillah.