“Dah tiga tahun arwah Abam pergi, baru sekarang datang tengok rumah?” Ali Puteh

16,571 views

Hidayah iaitu balu kepada arwah Abam ada muatnaik video kedatangannya untuk meihat rumah Abam. 

Dari video berkenaan, Hidayah mengatakan dia tidak dapat menjenguk masuk ke rumah berkenaan kerana tiada orang yang buka pintu walaupun ada beberapa kenderaan di sekitar serta dalam kawasan rumah. 

Jelasnya lagi, dia memang tak ada kunci untuk masuk ke rumah berkenaan. 

Menjawab hal berkenaan, adik kepada Abam iaitu Ali Puteh tampil memberi respon, seperti yang dilaporkan Harian Metro.  

Kata Ali, dia tak boleh serahkan kunci rumah berkenaan kepada Hidayah disebabkan rumah tersebut masih dalam kes tuntutan faraid, yang masih belum selesai. 

“Hidayah yang urus bab tentang tuntutan faraid melibatkan pembahagian harta arwah Abam dan ia masih belum lagi selesai.” 

Selain itu, Ali Puteh nafi tentang dakwaan Hidayah bahawa keadaan rumah itu dilihat bagai tak terjaga dan bersemak samun. 

Rumah berkenaan kini dijaga oleh adiknya yang duduk di ruamh itu buat sementara sehingga kes tuntutan faraid selesai. 

“Saya memang rasa kesal dia buat hantaran video serta telah memburukkan nama saya dan family. Tahun ni sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan pergi meninggalkan kita semua, namun baru sekarang dia datang mahu tengok keadaan rumah.” 

Tambah Ali lagi, dia pun tak tahu menahu kedatangan Hidayah yang berlaku secara mengejut. 

“Dia datang rumah Abam secara mengejut. Datang dengan dua kereta bersama peguam. Dia tak ada maklumkan kedatangan itu kepada saya atau pun kepada peguam.” 

“Rumah berkenaan tak berkunci pun sebenarnya dan dia datang pada hari kami keluar bekerja tetapi dia pula mendakwa kami tak melayannya. Walhal rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu saja.” 

Dalam pada itu, Ali Puteh juga ada berkata dia dan keluarga yang jaga rumah itu termasuk memotong rumput dan membayar bil setiap bulan.

Dah tiga tahun arwah pergi, kalau tak jaga, dah bersawang rumah tu, penuh. Tapi tiap bulan kami potong rumput. Bil air letrik pun dia tak ada tanya dah bayar ke belum.”

Sementara itu, tentang pembayaran wang saman RM60 ribu, Ali Puteh mengatakan dia akan melakukannya tetapi secara ansuran. 

Proses pembayaran berkenaan dalam perbincangan antara peguam Ali dan juga peguam Hidayah. 

“Saya ada beritahu pada peguam yang saya setuju buat pembayaran secara ansuran kepada balu arwah.”

“Peguam saya dah menghantar surat tentang hal berkenaan kepada peguam balu, namun pihak mereka masih tak ada maklum balas.” 

Itulah kenyataan dari Ali Puteh tentang kedatangan Hidayah ke rumahnya.