Hidayah, pengamal perubatan Islam, pihak peguam tampil beri respon video Ali Puteh

20,818 views

Pelawak Ali Puteh telah memuatnaik video yang mendakwa bahawa Hidayah telah melakukan perbuatan syirik dengan menabur garam di sekeliling rumah arwah Abam. 

Susulan video dari Ali Puteh itu, balu kepada Abam iaitu Hidayah tampil memberi sedikit komen. 

Komen dari Hidayah ini ditulis setelah ada warganet yang menulis komen kepadanya tentang hal berkenaan. 

Jelas Hidayah, dia terus saja tertanya-tanya dan mempersoalkan tindakan Ali Puteh yang terus saja delete video tersebut. 

Kata Hidayah, kalau benda tu benar, mengapa perlu delete.  

“Itulahkan sudah menabur fitnah, kesalahan besar, nak tutup kesalahan lain tidak mahu nampak kesalahan diri sendiri. Ada pula orang dekat rumah rupanya ye.” 

“Tidak mengapa, bayarlah RM60ribu dulu. Kalau benda betul kenapa perlu nak delete video tu balik.” 

Ini respon dari Hidayah tentang hal tabur garam ini. 

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam bernama Zaki Samsuddin turut memberi respon di atas video Ali Puteh itu. 

Jelas Zaki, semua bahan yang dinyatakan oleh Ali itu nampanya tak ada kaitan dengan amalan syirik pun. 

Garam selalunya dipakai dalam proses untuk pagar rumah dari gangguan.   

“Pertama, balu telah datang ke rumah bersama peguam dan peguam itu bukan seorang pengamal perubatan Islam ataupun bomoh. Keduanya, memang tak nampak tanda-tanda sihir di situ.” 

“Memang selalu garam, lada hitam, serta daun bidara digunakan untuk tujuan memagar rumah. Benda yang ditunjukkan Ali itu kemungkinan untuk memagar rumahnya.” 

Zaki menambah, jikalau ada amalan syirik atau sihir, bahan yang kerap digunakan ialah kain kuning yang terikat atau ayam.  

“Jika sihir, Ali akan nampak benda lain, antaranya seperti ayam, kain kuning yang terikat, haiwan yang telah tidak bernyawa.” 

Selain dari Hidayah dan juga pihak pengamal perubatan alternatif, seorang peguam juga ada membuat respon balas tentang video itu. 

Peguam bernama Nor Zabetha berpendapat, tindakan Ali upload video itu boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah untuk Hidayah failkan saman menfitnah.  

Ini kenyataan dari seorang peguam.  

“Dari video yang dimuatnaik itu, cukup semua elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat dakwaan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah dan disampaikan kepada pihak ketiga, orang lain atau kepada umum.” 

“Adakah dia ada sokongan dan dapat membuktikan bahawa hal berkenaan taburan garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh kakak iparnya dengan niat tertentu?” 

Kata Zabetha lagi, patutnya Ali Puteh ambil ikhtibar di atas saman yang lepas dan patutnya tak ulang lagi.   

“Dia pernah kena saman. Dah pun lalui proses di mahkamah. Patut dia tahu macam mana mahkamah memutuskan tentang hal buat fitnah.” 

“Kenapalah dia masih buat kesilapan sama berulang-ulang kali. Itu kan dah menjerat diri.” 

Itulah kenyataan dari tiga pihak iaitu dari Hidayah, dari pengamal perubatan alternatif dan juga dari pihak peguam.