“Let go and move on, beri saja pada balu dan anaknya” Caprice

15,897 views

Kisah tuduhan Ali Puteh yang mendakwa balu arwah Abam iaitu Hidayah menabur garam, kulit limau menjadi topik utama minggu lepas. 

Jelas Ali Puteh, sebelum ini semua barang berkenaan tak ada, namun selepas Hidayah menjengok rumah tersebut, barang berkenaan muncul. 

Pelbagai respon yang diterima ekoran video yang dimuatnaik oleh Ali Puteh, menunjukkan taburan garam serta potongan daun di sekitar rumah arwah Abam. 

Antara yang turut memberi pandangan dan pendapat tentang isu ini ialah penyanyi dan usahawan Caprice. 

Caprice muatnaik klip Ali Puteh itu dan menyatakan pandangannya berharap agar seseorang itu dapat move on dari benda yang dah lepas. 

Caprice juga berkata, jika berkaitan dengan harta pusaka, adalah lebih baik diserahkan saja kepada balu dan juga anaknya. 

“Salam Malaysia, secara umumunya, hidup ini boleh jadi lebih mudah. Tapi kita ni yang memilih untuk jalan yang rumit.” 

“Kena belajar untuk lepaskan dan teruskan hidup. Learn to let go and move on.” 

“Tidak kisah mahkamah yang menentukannya, tetapi bagi Cap, kita kena ada fikiran, fizikal serta mental, untuk melepaskan sesuatu, dan move on serta kena memberi.” 

“Kena bagi je, tak kisahlah wang ke, harta ke, rumah ke, just beri saja kepada balu dan juga anaknya.” 

“Kalau korang nak benda yang baru, korang kena belajar untuk let go of the past. Tak akan dapat benda yang baru, jika masih terikat dengan benda yang lalu.” 

“Sekali tak nak lepas benda lama ni, jangan harap korang boleh dapat benda yang baru.” 

Melihat ruang komen, ramai yang setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Caprice ini. 

Selain itu, ramai diluar sana yang turut menulis komen di ruang video Caprice dan memberi pendapat bahawa semua barang yang dijumpai oleh Ali Puteh itu bukanlah bertujuan untuk amalan yang tak baik.