Ini pesanan dari Athira Yuhada, beri nasihat?

7,918 views

Kisah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada kini semakin memuncak. 

Setelah isu orang ketiga melibatkan wanita bernama Athira Yuhada, kini telah timbul pula isu yang sudah pun jadi kes polis. 

Pergelutan telah berlaku antara Shuhada dan Hafidz Roshdi di dalam kereta baru-baru ini, sehingga mendatang kecederaan di wajah wanita berkenaan. 

Pihak polis dan keluarga juga telah mengesaahkan hal ini dan kini ianya sedang dalam siasatan pihak berkuasa. 

Ketika isu ini menjadi bualan ramai, ramai tertumpu pula dengan satu entry dari akaun Instagram menggunakan nama Athira Yuhada

Entry berkenaan telah memberi nasihat serta pesanan secara umum, berkenaan si tukang penyebar fitnah. 

Tanpa sebarang caption, akaun ini muatnaik foto ingatan untuk semua manusia untuk memeriksa dulu sebarang berita yang diceritakan. 

Ini ingatan yang dimuatnaik. 

Sebelum ini, Shuhada mengakui sudah pun bergelar ibu tunggal setelah Hafidz melafazkan talak ke atasnya bersaksikan ahli keluarga. Ianya dilakukan melalui panggilan telefon. 

Selepas itu, Shuhada telah pun membuat permohonan untuk berpisah dengan Hafidz Roshdi di mahkamah. 

Shuhada juga ada muatnaik beberapa status berkenaan wanita penyondol, dikatakan ditujukan kepada wanita yang meruntuhkan rumah tangganya. 

Dari status itu, Shuhada mahu lihat sejauh mana perginya wanita bergelar penyondol itu. Katanya seorang wanita yang bergelar penyondol sentiasa akan suka sondol. 

“Yes, penyondol tetap akan menyondol, mari kita lihat kehidupan penyondol selepas ini.” 

Untuk info, Nurul Shuhada dan Hafidz Roshdi bernikah pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang masih kecil. 

Perkahwinan Nurul Shuhada dan Hafidz Roshdi dikatakan diganggu oleh orang ketiga yang bernama Athira Yuhada, dan sudahpun berhubung selama sembilan tahun lamanya.