Ini kenyataan Syada Amzah tentang bapanya

4,877 views

Adik bongsu kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah tampil memberi kenyataan tentang kisah ayahnya iaitu Datuk ND Lala dikatakan dah berkahwin seorang wanita muda baru-baru ini. 

Menerusi laporan portal Harian Metro, Syada berkata dia sebenarnya pelik dengan dakwaan berkenaan. 

Melihat sendiri keadaan ibu bapa di depan mata, kata Syada, semuanya nampak seperti biasa saja. 

Malahan mereka masih tinggal di bawah satu bumbung yang sama dan hubungan juga amat mesra. 

Ayahnya iaitu ND Lala dan ibunya iaitu Fauziah Sarman, seringkali keluar bersama sama hampir setiap hari. 

“Saya sendiri baru tahu tentang dakwaan ini. Kami sekeluarga di rumah baik-baik saja. Ibu saya hampir setiap hari keluar berdating dengan ayah saya.”  

“Pada pendapat saya, memang tak rasa pun ayah saya kahwin lain. Ini kerana mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti nak satu kereta bersama sama.” 

Syada Amzah juga berharap dakwaan ini tak benar sama sekali.  

“Saya memang minta simpang benda ini berlaku kerana khuatir juga sebab apabila ramai yang asyik buat andaian ianya boleh jadi satu doa pula. 

Tentang keadaan keluarganya, Syada Amzah menyatakan semuanya baik saja dan tiada yang terkesan.  

“Cerita macam ini sejak kecil lagi kami selalu saja terpalit. Sebelum ni kan macam-macam cerita keluar.”  

“Rasanya family saya tak ada yang terkesan dengan apa saja isu yang timbul.” 

Tentang ibunya yang selalu menulis ayat serta caption di laman media sosial, Syada berkata ibu memang suka berbuat sedemikian sejak dulu lagi.   

“Ibu saya pun okey saja. Sebenanrya ibu saya ni memang jenis yang gemar muatnaik kata-kata seperti itu.”  

Itulah komen dari Syada Amzah, anak bongsu Dato ND Lala dan juga Fauziah Sarman. 

Untuk info, selain Shila Amzah, Syada Amzah juga memiliki bakat dari bapanya iaitu memang mempunyai suara yang lunak dan merupakan penyanyi yang baik.