Coretan hati Shuhada “Hidup kau tak akan tenang, semoga terima balasan berat”

9,196 views

Kini antara topik paling hangat ialah kes melibatkan pelakon Hafidz Roshdi dan juga isterinya atau boleh dikatakan bekas isterinya, Nurul Shuhada

Mereka berdua masih lagi menunggu status perkahwinan mereka dari pihak mahkamah ketika ini. Shuhada dah pun buat permohonan untuk berpisah manakala Hafidz pun dah buat permohonan untuk pengesahan ucapan lazaf yang dilakukannya. 

Namun begitu, ketika ini ramai berbicara tentang satu kejadian yang mana Hafidz Roshdi dikatakan telah mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada

Ketika ini Nurul Shuhada dah pun buat report polis dan juga sedang berehat di rumah setelah menerima rawatan dari hospital. 

Hari ini, akhirnya Shuhada ada menulis satu coretan dari hatinya. Jelas Shuhada apa yang berlaku ada petunjuk dari Illahi. 

Bagi Shuhada, pihak di sana telah menunjukkan diri sebagai mangsa dan seakan tak pernah salah. 

“Ini satu coretan dari seorang insan bernama Shuhada. Apa yang dah berlaku ini, semuanya tuhan mahu tunjukkan depan mata bahawa penyesalan dari manusia ni janganlah diukur melalui janji dari mulut saja.” 

“Kononnya diri pula mangsa bagaikan dia tak pernah buat sebarang kesalahan selama ini.” 

“Tetapi kena beringat bahawa tuhan itu sentiasa tahu, maha mengetahui semua perkara walaupun daun gugur dari pokok.” 

Selain itu, Shuhada juga berkata bahawa kenyataan mereka tak akan berhubung lagi itu adalah perkara yang dusta semata. 

“Tak akan berhubung lagi itu memang dusta, yang dah pastu, dia memang pasang mata dan baca setiap komen, memang kelakar.” 

“Hiduplah dengan bayang-bayang sendiri, kamu tidak akan rasa tenang.” 

Shuhada juga pertikai kononnya baru kini nak tunjuk rasa kasih pada anak, namun Shuhada menulis bahawa tuhan tahu pihak sana tak ada pun beli beras. 

“Jika sekarang ni baru nak ukur sayang pada anak untuk pertahan diri untuk jadi manusia lebih baik, teruskanlah, tetapi tuhan yang maha esa pun tahu, kau tak pernah beli beras.” 

Akhirnya sekali Shuhada berterima kasih secara sinis di atas kecederaan yang dialami di wajahnya itu. 

“Terima kasih kerana membuat wajah ini cacat kekal. Semoga tuhan akan beri balasan yang berat, kifarah untuk anda dan juga anda.” 

“Ustaz Azhar Idrus pernah kata, doa yang tak baik untuk orang yang tak baik tu tak ada salahnya.” 

Ini penulisan penuh dari Shuhada. 

Semalam, polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan dari isteri pelakon kerana ditumbuk di wajah oleh pelakon berkenaan. 

Hal ini dikatakan merujuk kepada kes Shuhada dan juga Hafidz Roshdi