“Empat bulan tak bayar nafkah, trip umrah saya bayar semua, baran menengking” Diana Danielle

6,704 views

Pelakon Diana Danielle sekali lagi meluahkan rasa hatinya yang terbuku hari ini. 

Luahan ini dimuatnaik di laman media sosial miliknya pagi Isnin, yang mana bercerita tentang beberapa perkara. 

Antaranya termasuklah tentang nafkah, tentang sikap baran Farid Kamil dan juga tentang suaminya, Farid Kamil yang dikatakan mahu menukar nama bin dan binti anak mereka. 

ISU NAFKAH 

Malahan, ketika pergi buat umrah, semuanya ditanggung oleh Diana Danielle, termasuklah untuk Farid Kamil. 

“Bulan ni sudah masuk 4 bulan tak bayar nafkah. Perjalanan untuk ke Mekah pun saya bayar untuk semua 4 beranak ni.” 

“Saya tak ada berharap pun dia bayar balik, sebab dah biasa. Apabila saya keluarkan duit untuk apa pun, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat untuk mahu menggantinya semula.” 

Tentang nafkah, Diana Danielle mendedahkan bahawa dia kini tak menerima nafkah selama empat bulan dari Farid Kamil. 

“Namun kali ini dia sendiri ada cakap akan cover semula pembayaran untuk flight dan juga hotel dia, hanya dia di mekah. Malangnya sampai ke hari ini hanya tinggal kata-kata saja.” 

“Dia boleh beli kereta baru dan beli cincin untuk ganti cinicn kahwin yang hilang tu, tetapi nafkah dan juga hutang masih tergantung lagi.” 

FARID KAMIL BARAN? 

Selain itu, tentang insiden memetik cili, Diana Danielle berkata ianya lebih kepada sikap Farid Kamil sendiri yang dilabel sebagai seorang yang baran. 

“Dia kata insiden marah anak tu kecil. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking baran kepada anak dari malam sebelumnya lagi. Semua tentang hal yang remeh saja.” 

“Tengah hari tengking saya sebab tak jumpa seluar, petang tengking Aurora sebab petik cili, dua hari baran dan jerit sesuak hati sampai Aurora menggigil takut sangat.” 

“Aurora juga dipaksa duduk dalam bilik Babah malam tu kerana dia nak sambung ajar anaknya tu.” 

“Bila saya masuk tengok anak saya hanya tidur atas lantai depan pintu tandas, dengan hanya berlapik sejadah. Saya jadi terkejut, sudah kena tengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya, disuruh pula hanya tidur atas lantai.”  

“Apabila saya mahu ambil Aurora sebab tak tahan tengok dia kena macam tu, dia tolak saya banyak kali, halang saya.” 

“Dia memang tidak stable emosinya, sebab tu juga saya panggil polis sebab mahu keluar dari rumah.” 

FARID KAMIL MAHU BUANG NAMA DARI SURAT BERANAK? 

Selain itu, Diana Daniella juga ada mendedahkan bahawa Farid Kamil pernah memintanya untuk keluarkan namanya dari surat beranak. 

“Saya memang tahu dia tertekan apabila saya ada minta cerai dua hari sebelum insiden Aurora memetik cili tu. But leave the Kids alone.” 

“Jika sayang betul kepada anak, mengapa nak buang Bin/Binti anak? Mengapa suruh saya failkan permohonan buang nama kamu dari surat beranak anak? Kenapa sampai macam tu?” 

Ini luahan penuh dari Diana Danielle. 

Selain itu, Diana Danielle juga mempersoalkan tindakan Farid Kamil yang bertindak memanggil pihak media ketika mahu datang ambil anaknya dari rumah.