Isteri hadir ke mahkamah, failkan penceraian terhadap Nd Lala

5,358 views

Hari ini, isteri kepada penyanyi Nd Lala iaitu Fauziah Sarman atau Mama Zie dilihat telah pun hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi. 

Dari laporan portal Mstar, Fauziah, hadir ke mahkamah untuk menfailkan permohonan berpisah dengan suaminya itu. 

Ini ekoran terdapat dakwaan bahawa Nd Lala sudah ada wanita lain yang lebih muda. 

Apabila ditanya tentang status Nd Lala, Fauziah, 55 tahun, dilihat tidak mahu mengesahkan suaminya sudah berkahwin dengan wanita berkenaan. 

“Saya tak tahu. Adalah lagi baik tanya terus kepada abang Nd Lala sendiri. Dia yang lebih tahu.”   

Dari laporan, Fauziah mulanya telah datang ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langkat, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi bersama adik perempuannya. 

Kemudian Fauziah dan adiknya itu hadir pula ke mahkamah untuk buat urusan memfailkan permohonan bercerai.  

Sebelum ini, fauziah yang menggunakan nama akaun laman media Mama Zie, telah muatnaik foto wanita dan mendedahkan wanita berkenaan sebagai penyondol. 

Wanita berkenaan bernama Siti Munirah. Ini caption yang ditulisnya. 

“Penyondol, Siti Munirah Abdul Ghani, Nd Lala.” 

Tak lama kemudian, Mama Zie telah menukar caption berkenaan dengan menulis ini. 

“Isteri kepada Dato Nd Lala iaitu Datin Siti Munirah Abdul Ghani.” 

Ada ura-ura mengatkan wanita bernama Siti Munirah ini merupakan rakan kepada Shila Amzah. 

Kisah mereka mula bertebaran setelah ada jiran sekitar yang ternampak Nd Lala sering datang ke rumah Siti Munirah. 

Sehingga kini belum ada kenyataan lebih terperinci dari pihak Fauziah, Nd Lala, mahu pun Shila Amzah. 

Untuk info, Nd Lala mendirikan rumah tangga dengan Fauziah pada tahun 1989 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu yang sulungnya merupaakn penyanyi terkenal Shila Amzah beserta yang bongsu pula penyanyi, Syada Amzah.