Syamsul Yusof, Puteri Sarah saling berbalas kenyataan

17,906 views

Kisah antara Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana masih lagi belum selesai. 

Hari ini sepatutnya Syamsul Yusof melafazkan talak terhadap Puteri Sarah namun ianya tidak terjadi. 

Ini kerana kedua dua pihak tidak bersetuju dengan terma serta syarat yang diletakkan sesama mereka. 

Syamsul Yusof tidak setuju dengan permintaan nafkah dari Puteri Sarah yang dilabel keterlaluan. 

Manakala Puteri Sarah pula tak setuju kes terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dan keluarganya ditarik balik. 

PENJELASAN SYAMSUL YUSOF 

Melalui satu video, Syamsul tampil memberi penjelasan bahawa Puteri Sarah telah putar cerita dan pihak Sarah yang telah mengubah perjanjian atau syarat. 

“Saya tak mahu kalian terkeliru dengan kenyataan dari Puteri Sarah dan akan jadi fitnah tetapi rasanya dah jadi fitnah pun.”  

“Pada minggu lalu saya dan Puteri Sarah berjumpa dan bincang kemudian dia ada minta satu jumlah yang agak besar.”  

“Memang ramai yang tak setuju tapi saya setuju dengan permintaannya itu.” 

“Harapannya semuanya akan jadi okey. Dia pun ada meminta kes nusyuz dirinya ditarik balik, dan saya kata okey.” 

”Oleh kerana tak mahu panjangkan hal ini, saya pun meminta Sarah untuk menarik semula kes terhadap isteri kedua saya, Ira Kazar. Syukur dia masa tu bersetuju. Kami nak cari kata sepakat dan teruskan hidup.”  

“Namun Puteri Sarah dah putar cerita dengan menyatakan saya yang telah menukar perjanjian dan buat uturn, walhal dia yang menukar. Itu cerita sebenarnya.” 

“Kini pihak peguam saya menerima perjanjian yang berlainan, pihak Sarah yang menukarnya.” 

“Dia kini meminta jumlah yang berlebih lebihan, memang lebih lagi. Ianya tak masuk akal. Sarah pun ada kata jangan beritahu orang apa yang dia minta tu.” 

“Saya tak faham mengapa tiba-tiba dia minta lebih lagi. Jadi saya ambil keputusan untuk melawan dia.” 

KENYATAAN BALAS PUTERI SARAH 

Tidak hanya berdia diri, Puteri Sarah berkata bahawa amount yang dia minta itu adalah masuk akal dan ianya pun disetujui oleh ibu Syamsul Yusof sendiri iaitu Datin Patimah. 

Ini kenyataan dari Sarah. 

Selain itu, berkenaan nusyuz, Puteri Sarah menjelaskan bahawa dia pun tidak gentar untuk naik mahkamah kes nusyuz dan mempunyai bukti apa yang dilakukan oleh Syamsul Yusof dan Ira Kazar sebelum berkahwin. 

Sarah kemudian mendedahkan dirinya sekali lagi dah kena block dengan suaminya itu. 

Itulah perkembangan terkini kes melibatkan Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof.