Beza umur 23 tahun, Esma Daniel akui sukar buat keputusan sebelum nikahi Tira

2,177 views

Setelah lima tahun menduda, pelakon Esma Daniel, telah pun menamatkan zaman bujangnya di usianya 54 tahun. 

Esma Daniel selamat bernikah dengan isterinya bernama Tira atau nama penuhnya Nur Atira Mazlan yang berumur 31 tahun. 

Dari laporan Utusan, kata Esma Daniel, keputusan nya untuk berkahwin sekali lagi ini bukanlah satu keputusan yang mudah baginya. 

Akan tetapi, sikap jujur yang ada pada diri Tira itu telah membuka hatinya.   

“Sebelum ini, ada yang berkawan dengan saya hanya sekadar untuk ambil kesempatan. Ada yang jadikan saya sebagai batu loncatan. Mahu dikenali ramai.”  

“Namun selama kami berdua berkenalan, saya tak ada pun pernah tunjuk atau muat naik gambar Tira di laman media sosial. Kadangkala ada juga Tira tanya pada saya, sebab iyalah perempuan inginkan kepastian.” 

“Bagi saya, Atira ni memang seorang wanita yang amat jujur orangnya. Dek kerana kejujuran itulah yang membuatkan saya jatuh hati dan suka kepadanya.” 

Memperkenalkan Tira kepada dunia seni yang diceburinya sekian lama, Esma ada berbincang dengan isterinya tentang hal itu, dan ini termasuklah keluarga mertuanya agar tiada isu berbangkit kelak.   

“Saya bawa isteri ke set penggambaran. Dan saya ada tunjukkan set ini ibarat pejabat saya, tempat untuk berbekerja. Memang kami sesama pelakon kadang kala dilihat mesra akan tetapi, masih ada batas serta adabnya.” 

“Apa yang nampak di kaca TV, itu hanya sekadar lakonan. Selepas lakonan tamat, saya akan kembali menjadi diri saya. Lama-lama dia pun dah faham.” 

Sementara itu, Esma Daniel juga ada membawa isterinya, Tira ke rumah sanak saudara selepas bernikah.  

Bagi Esma Daniel, dia mahu memperkenalkan Tira kepada keluarga kerana ada yang tak dapat hadir ke majlis pernikahan mereka baru-baru ini. 

Esma Daniel sebelum ini pernah berkahwin dengan Sherie Merlis dan mempunyai dua anak. 

Kemudian Esma berkahwin pula dengan wanita bernama Nitra Sari Omar pada tahun 2002 dan berpisah pada tahun 2016. Mereka mempunyai enam orang anak. 

Tahniah diucapkan buat Esma Daniel dan juga Tira, selamat pengantin baru.