“Saya cerewet, perfectionist” Zizan Razak sukar temui wanita idaman

577 views

Pada umur dah pun masuk ke usia 39 tahun, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak masih lagi single dan belum bertemu jodoh. 

Di lihat sudah mampu dari segi kewangan dan stabiliti, Zizan masih lagi seringkali ditanya tentang soal jodoh. 

Menjawab tentang soal jodoh, Zizan berkata ada beberapa faktor dirinya masih lagi tidak berkahwin. 

Antara faktornya ialah sikap Zizan sendiri yang amat mementingkan kesempurnaan dalam memilih pasangan.  

“Secara jujur, sebenarnya saya ni seorang yang amat cerewet dan perfectionist.”  

“Kadangkala ada yang orangnya apabila jumpa di luar, dia memang amat cantik, tetapi apabila melihat cara dia bercakap, dengar kasar sikit, itu pun saya dah rasa, alamak macam mana ni.”  

Satu lagi faktor ialah kerjayanya sendiri iaitu sebagai seornag pelawak dan juga selebriti.  

“Kerja saya ni pun satu faktor lain. Pelawak ni sebenarnya, majoritinya sensitif dan bukan semua orang yang boleh faham. Saya kalau bekerja kadangkala balik sampai lewat pagi, dengan ibu pun kami pernah seminggu tak berjumpa.” 

“Oleh itu, siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu macam ni. Mungkin seminggu dua dia kata okey tetapi kalau asyik dah bertahun begitu, bolehkah dia menerimanya.” 

Bagi Zizan lagi, dia mahukan kesempurnaan untuk bakal isterinya itu juga.   

“Sejujurnya saya pun banyak fikirkan tentang orang lain, bukannya saya hanya mahu si dia saja yang sempurna, tetapi saya juga mahukan kesempurnaan untuknya.” 

Zizan juga akui, sebelum ini dia pernah meminta ibunya untuk mencarikan jodoh buat dirinya. 

“Sekarang ni, saya memang tak ada masa untuk bercinta, malah saya juga pernah minta ibu carikan jodoh.” 

“Namun apabila ibu tunjuk gambar, saya kata, tak apalah, lebih baik saya cari sendiri saja.” 

Zizan juga akui, dirinya bukan pelawak semata, tetapi di luar dia seorang yang agak serius orangnya. 

“Kalau lihat di televisyen, saya ni nampak memang kelakar, tetapi di belakang saya merupakan seorang lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu hal itu.”  

“Saya risau juga jika bakal isteri ada tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak saja.”  

Zizan Razak sudah beberapa kali menjali hubungan dengan beberapa selebriti terkenal dan jelitawan, namun semuanya berakhir.