Nd Lala hadir ke majlis pertunangan Shila Amzah dan Ubai

3,539 views

Penyanyi Shila Amzah kini dah pun selamat bergelar tunangan kepada Ubai. 

Pasangan ini bertunang pada hari ini, Sabtu 27 Mei, di satu majlis pertunangan yang dibuat khas untuk ahli keluarga dan teman rapat saja. 

Hal ini mula diketahui selepas Ubai memuatnaik beberapa foto berada di atas pelamin bersama Shila Amzah. 

UCAPAN DARI SHILA AMZAH 

Kemudian Shila Amzah pula muatnaik beberapa lagi foto di sekitar majlis pertunangan mereka itu. 

Menerusi caption, Shila mengucapkan kesyukuran majlis berjalan dengan lancar. 

Jelasnya, dia dan Ubai memilih untuk membuat majlis secara tertutup saja. 

“Boyfriend, tak. Tunang yes. Syukur alhamdulillah.” 

“Terima kasih kepada rakan yang membantu kami selesaikan majlis ini, Arra, Azan, Takep dan juga Haris.” 

“Ubai dan saya memilih untuk buat majlis ini secara intimate saja, syukur ianay berjalan lancar.” 

“Yang lebih atau yang terkurang dari family saya, kami minta maaf sangat ya.” 

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menitipkan doa buat kami. Semoga kami akan sentiasa kuat untuk alui segala apa yang akan datang.” 

ND LALA TURUT HADIR 

Dalam pada itu, ayah kepada Shila Amzah iaitu Datuk Nd Lala dilihat turut hadir di majlis pertunangan anaknya itu. 

Walaupun dengan segala isu yang melanda, Nd Lala sebagai ayah tetap hadir ke majlis berkenaan. 

Hal ini setelah anak perempuannya Syada Amzah memuatnaik foto keluarga yang turut disertai Nd Lala. 

Ini foto serta caption dari Syada Amzah, yang mengucapkan tahniah kepada Shila Amzah dan juga Ubai. 

Apapun, tahniah buat pasangan yang amat serasi ini. 

Semoga segala urusan Shila Amzah dan juga Ubai untuk mendirikan rumah tangga di masa akan datang akan sentiasa di permudahkan. 

Sehingga kini belum lagi ada sebarang kenyataan lanjut dari pihak Shila Amzah, Ubai mahupun Nd lala tentang info bila pernikahan mereka pula.