Tunang Shuib, Watie kena marah, marah tandanya sayang

1,715 views

Pelawak, pelakon dan penyampai radio, Shuib dari kumpulan Sepahtu, telah pun selamat bertunang dengan wanita bernama Watie Hanifiah. 

Shuib dan Watie dijangka akan melangsungkan pernikahan mereka pada bulan Jun ini, tak lama lagi dah. 

Sejak bergelar kekasih hati dan tunangan kepada Shuib, Watie mula menjadi tumpuan orang ramai dan juga warga maya. 

Semalam, menerusi satu hantaran, Watie dilihat telah mengubah fotonya kepada foto yang baru. 

Watie menjelaskan dia menukar foto berkenaan dan juga caption, kerana mahu menunjukkan foto yang lebih sopan. 

Dari caption, Watie berkata dia menukar hantara tersebut kerana ada yang marah.  

Ini caption yang ditulis oleh Watie, tunang kepada Shuib Sepahtu. 

Lagi satu bulan saja lagi. Masih lagi caption yang sama. Cumanya gambar saja kita bagi tukar, sebab ada yang marah.” Tulis Watie. 

Dek kerana caption ini, ramai beranggapan bahawa Shuib ada menegur penampilan Watie. 

Melihat komen yang ditulis warga maya, rata-rata bersetuju sekiranya Shuib menegur penampilan Watie itu. 

Antara komennya ialah memuji Watie menerima teguran dari Shuib, dan menjaga penampilan sesuai untuk persiapan menjadi isteri tak lama lagi. 

“Mahu bergelar isteri ni, dah mula kena start belajar pakai yang lebih sopan. Barulah perkahwinan diberkati, lebih bahagia dan akan berkekalan, amin.” 

“Darah manis ni, makin berseri, semoga yang agak terdedah tu biarlah tatapan untuk suami saja ye sis.” 

“Terbaik lah Watie, dan dapat terima teguran.” 

“Marah tu tandanya orang sayang la tu.”  

Pada 6 Mei yang lepas, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah pun selamat bertunang dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat saja. 

Majlis pernikahan antara Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah akan berlangsung pada 23 Jun 2023.