“Adik nak ayah” Anak Shuk Sahar meraung tak mahu berpisah

3,943 views

Apabila ibu bapa berpisah, dah tentu anak-anak pun turut terasa. 

Sebelum ini ada ibu bapa di sisi, kini anak-anak akan melihat ibu bapa mereka tidak lagi bersama dalam satu rumah, dan hanya akan dijaga ibu atau bapa secara giliran. 

Baru-baru ini ada satu kisah yang memperlihatkan anak kepada pelawak Shuk Sahar tak mahu berpisah dengan bapanya itu. 

Anak-anak Shuk Sahar ada bertemu bapanya, namun dilihat meraung tak mahu berpisah dengan bapanya itu. 

Hal ini telah pun menyentuh hati serta perasaan ramai orang yang menontonnya. 

Dari video itu, Shuk dilihat cuba memujuk salah seorang anaknya iaitu anak bongsu, Nur Assyifatu Aimi, yang tak nak bapanya pergi. 

Aimi dilihat mahu terus bersama bapanya. Ini apa yang diungkapkan oleh anak kecil ini.  

“Adik nak tidur dengan ayah, adik nak ayah. Tapi adik nak minta kena angkat dengan ayah.” 

Shuk Sahar dilihat terus memujuk anaknya itu. Kemudian dia ada membawa anaknya berjalan seketika dan belanja makanan sebelum akhirnya terpaksa berjauhan juga. 

Bagi memujuk anaknya itu, Shuk dilihat membawa anak-anaknya berjalan dan membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah.  

Aimi lantas terus saja meraung melihat Shuk mahu pergi meninggalkannya.  

“Ayah balik dulu ye, nanti ayah datang, jumpa dengan Ain dan Aimy lagi. Jaga diri elok-elok tau, ayah sayang sangat dengan Ain dan Aimy.” 

Shuk dan Rossa Sera kini telah pun sah berpisah pada bulan Mac tahun ini dan dari laporan, anak-anak kini tinggal bersama bekas isterinya itu yang kini menetap di Sabah. 

Dari komen yang ditulis, ada juga yang kasihan melihat anak kecil sedemikian rupa. Ramai berharap Shuk akan lebih kerap untuk datang dan menjenguk mereka di Sabah selepas ini. 

Shuk Sahar ketika ini masih mencari rezeki di semenanjung.