Ahli kumpulan K Clique iaitu MK telah memohon maaf di atas kesilapannya memuatnaik satu video bersama isteri Siti Hajaar baru-baru ini.
MK atau nama penuhnya, Hairi Amin, sebelum ini memuatnaik satu video bergurau dengan isterinya yang sedang memandu.
Dalam video itu, MK telah bergurau kononnya isterinya merupakan driver kepadanya yang sedang membawanya ke satu destinasi.
“Berapa minit lagi ni.” Tanya MK.
“Lagi 5 minit lagi Dato.” Jawab isterinya sambil memandu.
Namun yang menjadi perhatian ialah MK dan isteri tidak memakai seat belt sepanjang video itu, ketika berada di dalam kereta.
Isterinya sedang memandu manakala Mk duduk disebelahnya di tempat penumpang di depan.
Melihat begitu banyak komen yang menulis tentang tali pinggang kereta itu, MK telah memuatnaik satu video baru dan memohon maaf.
“Saya bukan mahu menarik perhatian sesiapa, saya mahu membuat permohonan maaf dan juga berterima kasih.”
“Pertamanya saya nak minta maaf sebab beri contoh yang tak baik dan tak bertanggungjawab kerana tak memakai seat belt.”
“Kami berdua tak pakai tali pinggang dan itu adalah kesalahan saya. Mohon maaf sebab itu memang tak bertanggungjawab.”
“Keduanya saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang telah menegur saya dan juga isteri.”
“Ramai yang memberi nasihat dan teguran, saya pun akui silap saya.”
“Ini memang tak ada alasan, ianya satu kesalahan. Saya harap video ini jadi kesedaran untuk semua.”
“Kalau nak muatnaik video, kita kena peka dengan keadaan sekeliling kita dan utamakan keselamatan.”
Menjenguk ke ruang komen, ramai yang memuji MK berani mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf.
Ramai peminat juga sikpa MK yang dilabel sebagai seorang yang humble dan tak mudah melenting setelah menerima begitu banyak komen yang menegurnya.
MK, 26 tahun, baru saja bernikah dengan isterinya, Siti Hajaar pada bulan Jun yang lalu.