“Minda kena lagi kuat dari perasaan” Masya Masyitah dah buka tudung

5,727 views

Penyanyi yang terkenal sejak zaman remaja iaitu Masya Masyitah kini akhirnya telah menanggalkan tudungnya. 

Masya Masyitah, 23 tahun, telah memuatnaik beberpaa keping foto memperlihatkan dirinya kini dah pun free hair. 

Dari gambar berkenaan, Masya memakai baju berwarna pink dan bergaya di depan sebuah kereta mewah jenis Audi berwarna merah jambu. 

Menerusi ruang caption, Masya menulis bahawa minda kena lebih kuat dari perasaan. 

“Your mind has to be stronger than your feelings. Minda kamu kenalah lebih kuar dari perasaan kamu.” 

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Halimunan ini memuatnaik foto itu pada hari Ahad petang kira-kira jam 3 lebih. 

Sehingga kini foto berkenaan menerima pelbagai komen dari orang ramai. 

Selain gambar berkenaan, Masya Masyitah juga telah menukar gambar picture profile miliknya juga menunjukkan dirinya tak lagi bertudung. 

Ternyata ramai yang menulis berasa terkejut dengan penampilan terkini Masya Masyitah itu. 

Ada juga yang berharap agar Masya akan kembali memilih penampilan sebelum ini, bertudung litup menutup aurat. 

Ini antara komen dari orang ramai. 

“Dia dah tak tahan dah, akhirnya cabut tudung juga.” 

“Betul ke ni, ingatkan gambar dari Ai je ni.” 

“Aduh, sayangnya. Dah elok sebelum ini penampilannya. Semoga ada perubahan untuk berbalik semula.” 

“Dulu ikuti dia ni, dari awal lagi masa join Ceria Popstar. Bertudung, dan suara pun sedap. Tapi akhirnya kini macam ni, kecewa sangat.” 

“Terkejut sangat, dulu memang cantik bertudung, awak cantik pakai hijab. Semoga kembali ye.” 

Sebelum ini, penampilan Masya Masyitah seringkali menerima pelbagai reaksi terutama caranya menggayakan fashion tudung. 

Namun baru hari ini akhirnya Masya Masyitah secara terbuka menunjukkan dirinya dah tak lagi berhijab. 

Selain pertandingan Ceria Popstar dan lagu Halimunan, Masya Masyitah sebelum terkenal di platform Youtube menerusi vlog dan juga rancangan memasak. 

Masya Masyitah juga pernah memenangi pertandingan antarabangsa beberpa tahun lalu.